Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

jOm kiTa tEngOk iKLan Ni!!

Monday, January 17, 2011

Aku, Laptop & Broadband...


AKU

Alkisah sejak aku bergelar penganggur terhormat ni, kononnya nak jadi blogger tegar.. Tapi hangat2 tahi ayam.. Berlambak entri nak terulis tapi dah tertunda.. Jadi nak xnak tak bolehla nak update.. Tapi kalau aku nak update pun suka aku la kan?? hahaha

Bukannya aku tak mau update.. Tapi laptop ni ha.. Sangat lembab.. Nak load bukak fb je makan masa setengah jam mau..  Adoi, nak tak nak kena la peruk dulu apa2 yang nak ditulis.. Eh, silap.. Taip... Xkisahla.. Bukan aku nak kumpul pembaca.. Tapi blog ni jadi cam diari online la kan.. Kalau nak harap aku tulis diari yang real alamatnya berapa helai je yang bertulis nanti..huhu..


LAPTOP

Berbalik pada cerita laptop tadi, memang dari awal aku beli laptop ni dah rasa kelembapannya.. Aku rasa macam normal je sebab mungkin RAM kecik.. Aku bukan tau sangat pasal pc nih.. Kalo bab edit2 gambar aku sukala..hoho..Tapi yang jadi problemnya ade orang tu format laptop aku, dia besarkn D, kecikkan C.. jadilatop aku sentiasa full je sebab ape2 automkatik save kt C kn selalunya..Dahla latop aku ni kecik.. Memang mencabar kesabaranla kalau ada sape2 nak pinjam pakai latop aku nih!!! hahaha..

BROADBAND..

Macam2 jenama ada.. Aku ngat nak apply streamyx kat rumah.. yang dapat laptop free tu..tup2 nak g register kata dah tak ada dah promo tu.. Tapi kat sekolah adik aku, dia kata yang dapat laptop tu semua anak2 orang yang dah sedia ada kaya.. Patutnya bagila kat golongan yang tak mampu nak beli laptop sendiri nih.. Aku dulu pun dah nak habis sem baru dapat beli laptop..Tu pun pakai duit ptptn separuh.. 
Tapi fikir balik kalau pakai streamyx tu cuma boleh pakai kat rumah.. kalau guna broadband streamyx cuma kawasan tertentu je boleh guna.. Nak tak nak guna jela broadband biasa..
LAGIPUN DAH BANYAK KOMPLEN CAKAP STREAMYX NI LEMBAB.. 
tapi kat rumah bf aku selalu laju je..huhu

Broadband ni plak kadang2 macam2 hal jugak.. Nasib baikla rumah aku ni area yang ada 3G.. Jadi line boleh tahan laju la guna jenama M.. jiran aku guna jenama C katanya sangat lembab.. Nasibla aku xlanggan yang tu..  Tapi yang aku pelik aku baru guna sekejap, dah sampai limit.. Adeehh.. macam2 hal la!!!


* di kala ini emosi tak tenteram sebab nak online payah gila.. Salah Laptop ke, Brooadband ke Aku yang lembab sebenarnya ek???

Sunday, January 16, 2011

Pilih Nama Anak Elok-Elok Ye!!!



practice ye bang.. hehehe




Tadi duk tengok status fb kawan sekolah yang tengah cari nama anak dia.. Seronoknya la dah nak ada anak.. Walhal umur same je..Huhu.. Aku suggest la dia tengok Page NAMA NAMA ISLAM kt fb tu.. Banyak nama sedap2 yang bawak maksud yang elok kat situ.. Tak pun kat blog namanamaislam.com.. 


Orang kata nama yang diberi pada anak tu bakal mempengaruhi diri anak.. Selalunya bila nama tak sesuai, baby tu asyik nangis je.. Jadi kena tukar nama.. Macam sepupu aku nama dia Liyana.. Bila asyik menangis, ada orang nasihat dia tukar nama panggilan dia.. Lepas dia jumpa orang berkenaan, panggilan Liyana tu tukar jadi Fatihah.. Lekat nama tu sampai sekarang.. Keberkesanannya budak tu dah tak asyik menangis.. Tapi nak percaya 100% pasal tukar nama tu.. Wallahua'lam....




Masa aku baca kat page yang aku link tadi, aku jumpa la pasal info ni.. Tajuk dia kesalahan dalam memberi nama anak.. Mungkin maksud dia elok, tapi bila dah jadi ejaan rumi, lain jadi panggilan & maksudnya.. Banyak jugak nama yang sinonim dengan masyarakat Melayu kita ni tapi maksud yang sebenar tak berapa nak elok... Lagi2 orang sekarang ni yang suka namakan anak ala2 nama orang putih.. Entah apa maksud dia la kan?? 


Plus jangan la namakan panjang2 anak korang.. Kesian diorang masa tadika nanti nak tulis nama diorang.. Panjang betul.. huhu.. Nanti nak tulis nama sendiri je dah ambik mase 10 minit..hahahaha
* nama aku adik beradik & sepupu2 sebelah mak aku pun kebanyakannya 3 suku kata... 
NURUL ISMA NADIA~MUHAMAD ISMA DANIAL~NURUL ISMA DIYANAH~MUHAMAD HARIZ SYAZWAN~ MUHAMAD FARIS HAIKAL~SUFI NUR WAHIDAH~SUFI ALYSA HUMAIRAH~SUFI EMYRAH SYAREEN~MUHAMAD IRSYAD DINIY










Mehla kita baca info ni ye...




Saringan oleh www.darulkautsar.net dari kuliah Sahih Muslim- Kitab Adab oleh Maulana Muhammad `Asri bin Yusoff

Kejahilan masyarakat dan kelalaian Ulama’ adalah di antara faktor mengapa berlakunya kesalahan (bertentangan dengan kehendak syariat) dalam memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir. Adalah amat menyedihkan perkara ini tidak begitu dipedulikan seolah-olah kesalahan tersebut tidak begitu penting walhal Nabi s.a.w. amat menitikberatkan hal ini dengan mengubah nama sahabat-sahabat yang tidak elok atau tidak sesuai. Di antara kesalahan dalam memberi nama yang dikenalpasti di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia adalah:

1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak elok. Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang sering digunakan :

Hazan (Kesedihan), Hazin (Seorang lelaki yang sedih), Hazaniyyah (Hidup penuh dengan kesedihan) 
Zani (Lelaki penzina), Zaniah (Penzina perempuan) 
`Asiah (Perempuan penderhaka / Perempuan pembuat Maksiat) 
Wati (Persetubuhan) 
Azli (Celaanku), Azlan (Celaan)

2. Nama-nama Allah (sifat Tuhan), contohnya:
• Azali 
• Muhaimin



3. Nama-nama yang berkaitan dengan tempat, contohnya:
• Suyuti (Orang Asyut) 
• Bukhari (Orang Bukhara) 
• Ghazali (Orang Ghazal) 
• Nawawi (Orang Nawa) 
• Misri atau Masri (Orang Mesir) 
• Baihaqi (Orang Baihaq) 
• Tirmizi (Orang Tirmiz)

4. Nama-nama yang memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya nama seperti Khairunnisa` (sebaik-baik wanita) sedangkan dalam hadits ada menyebutkan: “Sebaik-baik wanita di alam ini adalah Asiah dan Maryam.” Selain itu nama ini juga seakan berlawanan dengan hadits.


5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,” secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini.

6. Nama yang mengangkat diri sendiri kerana Nabi s.a.w. sendiri ada menukarkan nama Barrah (yang bermaksud ‘yang sangat baik’) kepada Zainab

7. Nama yang mengandungi unsur-unsur syirik seperti:
Abdul Manaf (Hamba berhala Manaf) 
Ghulam `Ali (Hamba `Ali)


8. Nama yang sepatutnya untuk lelaki tetapi digunakan pada perempuan, seperti Nur (cahaya) dalam bahasa Arab adalah muzakkar (untuk lelaki)

9. Nama dengan makna yang tidak tepat dengan pemakainya seperti:
Siti (Puan) sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan begitu juga dengan Anisah (Cik) pula hanya digunakan untuk wanita yang belum berkahwin sebagaimana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini. 
• Sayyid (Tuan) digunakan oleh orang `Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w.




10. Nama yang sebenarnya adalah nama sesuatu pekerjaan dalam bahasa Arab, contohnya:
Masyitah (Tukang sikat rambut) digunakan pada mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut 
Halwani (Lelaki penjual kueh) digunakan pada mana-mana lelaki yang menjual kueh-mueh tetapi digunakan untuk perempuan di Malaysia.

11. Nama yang tidak betul seperti nama asalnya, seperti:
Zaleha – sepatutnya Zulaikha

12. Nama yang dihubungkan pada kisah yang tidak dipastikan kebenarannya, seperti:
• ‘Zulaikha’ yang kononnya menjadi simbolik percintaan dan kasih sayang yang kekal berpanjangan bersama Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya. Dipendekkan cerita kononnya Zulaikha bertemu semula dengan Nabi Yusuf setelah beliau sudah tua dan buta matanya. Oleh kerana cintanya begitu mendalam pada Nabi Yusuf akhirnya Nabi Yusuf menerimanya sebagai isteri. Kemudian Zulaikha kembali menjadi muda dan dapat melihat seperti sediakala. Inilah kekarutan yang direka-reka dan kemudiannya turut memberi kesan kepada masyarakat Islam sehingga menamakan anak-anak dengan nama Zulaikha dan menjadikannya sebagai doa dalam kad-kad perkahwinan. 
• Muti`ah kononnya adalah wanita pertama yang masuk syurga sebelum Fatimah al-Zahra` lagi. Dikatakan bahawa beliau adalah seorang wanita yang paling solehah kerana sangat baik dalam melayani dan berkhidmat pada suaminya.

13. Nama yang memberi makna sifat, seperti:
Muti`ah (yang taat)





14. Nama yang tidak memberi apa-apa makna, lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti:

Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina)

15. Nama yang terpengaruh dengan budaya barat, contohnya:
Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi) 
Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku)





16. Nama yang memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab, contohnya:
Syamsul Bahri (matahari lautan) 
Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah) 
Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang) 
Rafidhi (Syiah pelampau) 
Atan (keldai betina) 
Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga) 
Jamalullail (keindahan malam)

Nota: Sekiranya sesuatu nama memberikan beberapa makna termasuk yang baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri, contohnya:
• Zainab - makna baik : nama bagi sejenis pokok yang wangi
- makna buruk : pengecut
• Mu`awiyah - makna baik : pembela / pejuang
- makna buruk : yang menyalak

17. Nama yang mempunyai ‘ni’ dihujungnya seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual kueh’. 

Nota: Nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai seperti:
• Fairuz 
• Sirin (manis –bahasa Farsi) 
• Rustam 
• Sarfaraz (mulia) 
• Sibawaih (wangian epal)



18. Nama-nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya seperti:
Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku) 
Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari 
Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama) 
Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa) 
Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada ‘maal’

19. Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh gabungan yang betul: Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya mataku)

Nota: Harus menamakan dengan nama-nama bintang, burung atau bunga seperti Surayya, Aktar (tuah atau bintang dalam bahasa Farsi) dan lain-lain


20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah.
Ya mutakallim adalah ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna ‘sesuatu milikku’ atau ‘daripadaku’ seperti:
• Syukri (Kesyukuranku) 
• Fathi (Kemenanganku)
Ya nisbah pula ada ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat, pekerjaan dan sebagainya. Contohnya: 
• Imam Jalaluddin as-Suyuti yang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut 
• Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhari yang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara 
• Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri

Nota: 
Seelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:
نعيمة bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة bermaksud yang tidur.

Selain itu terdapat ilmu yang dinamakan Ilmu Raksi yang mempunyai kaedah untuk mentafsir sifat seseorang berdasarkan namanya, ilmu ini juga pernah disebutkan oleh Ibnu Khaldun dalam bab jenis-jenis ilmu.

Nota: Kita mungkin boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan: 

• Membenarkan ejaan mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut kehendak penama tersebut.

Jabatan Pendaftaran membenarkan penama yang ingin menukar nama yang tidak sesuai kepada nama yang menepati syariat. 

• Undang-undang diwujudkan bagi mewajibkan pendaftar nama mengikut kaedah yang betul supaya tidak tersalah dalam memberi nama.

Nota: Harus menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok, seperti nama seorang ulama`:

• Ihsan Ilahi Zahir – Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku nyata.

• Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata.

21. Tidak boleh menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ atau ‘Malikul Malak’ kerana ada larangan dalam hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:
لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

(Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanya segala-galanya! [ Al-Ghafir :16 ]

dan ayat:
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ 

Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. [ Al-Hasyr: 23 ]







22. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya, seperti:

Ruhullah (Roh daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isa a.s kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah 

Khalilullah (Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s

Selain itu nama-nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadits dan terdapat larangan yang terang berkaitannya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





comel x aku masa kecik??? hehe

* Nama aku Ibu aku cakap maksudnya yang lemah lembut.. Dia kata dia salah bagi aku nama.. Maksud yang lemah lembut tu memang jadikan aku buat kerja lambat siap.. Hahaha.. No komenla bu.. Janji siap buat kerja kann???

Tuesday, January 4, 2011

28 Nov *Wedding Theme : Bollywood* ~I'm Lovin It!!!~




Namaste...

haih..dah lebih sebulan dorg kahwin.. xsempat2 aku nk update entri nih..
tp xkira..nk update gak..
sebab aku suka bollywood malaywood nih..haha
plus leh wat dorg sentiasa rase cam pengantin baru je..hehe

ok, mari berkenalan dengan pengantin ye..
Nama pengantin perempuan Sharifah Sabira..
Pengantin lelaki pulak Abdul Kadir..
Pengantin lelaki ni aku punya ex-opismate..
Disebabkan aku kenal gak ngan wife dia, so aku pun dijemput g majlis kat tempat perempuan..
Dia buat dekat Dewan Majlis Perbandaran Seremban..
Mesti mahal gila kan.. Takpela..dorang org kaya.. No hal r..haha

Walaupun KL ngn Seremban takdela jauh mana, tapi kalau naik KTM, makan tahun jawabnye..
Aku sampai lewat kat sana.. Diiringi hujan lebat pulak tu..
Tapi bollywood punya pasal aku redah je..haha..
Memang terkilan missed tarian n bunga api time dorg berarak..

Sampai je aku da xtengok makanan walaupun lapar teramat..
Lagi satu dah lambat sangat aku datang ngn sorg akk freelance opis aku,.
Aku terus nak tengok Kak Sabi yg pakai sari..
Ternyata sangat cun melecun..Tak jemu memandang..haha
diorang tengah amik gambar ngan family time tu..

Mujurlah mak Kadir nampak kitorang yang takde hala tuju tu..
Dia suruh  caterer hidangkan makanan untuk kitorang..
Segan gak sbb time tu da xramai orang makan..
Kalaula mak kadir takde..Jawapannya berlaparla balik KL..huhu


 nila menu dorang.. aku tak taula ape nama dia..
 yang penting lebih ke arah indian style... 
lapar punya pasal bedal je..
acar dia memang best.. 
air dia sedap.. tapi cam kuat rase klorin..huhu

tup2 siap makan supervisor caterer majlis tu datang kat aku suh isi suggestion card..
adeshh... malas tul aku nak isi.. hentam jela..
nasib baikla time tu lagu hindustan berkumandang kat dewan tu..
syok betul!!

gemok!!!

 nila muka aku time attend wedding tu..
 penat setting menatang kt kepala tu mase kt stesen ktm.
skli hujan lebat.. hancus..mlas nk setting blik.. 
nk ikut tema la katekn.. 
nk pakai sari xde saiz..haha

lebih kurang sejam gak aku tengok family dorang ni bergambar.. ramai gila.
muka pon sepesen je semua.. haha


pelamin nasib baik ikut tema melayu..hehe


bergambar xikhlas dengan kak zuriah.. hahaha..
lambat sgt tunggu dia..
bila aku naik angin terdiam terus..


permintaan tuk bergambo ngan pengantin terlaksana..
kameraman pon layan je aku nak pose mcm2..haha..
tu pun kadir panggil aku naik stage cepat2 takut orang lain ramai nak begambar lagi..huhu..


 kesian pengantin asek duk senyum je depan kamera sampai haus..
haha... bagus r caterer tu siap hidang atas stage..



kak sabi yang cun melecun!!! seri pengantinla katekan..

tak puas2 aku nak bergambar ngan dia..
peluang g wedding tema camni bkn selalu kan..
tunggu anak2 dorang kahwin nntla baru ade lagi gaknye.
mane aku de kengkawan keturunan mamak lagi..huhu


anyway majlis ni memang best sgt!!!
 selamat pengantin baru untuk kamu berdua..
semoga jodoh berkekalan ke akhir hayat..
cepat2 dapat baby yang muka comel cam Anjali dlm Kuch2 Hota Hai eh..


itu saja..sekian..


* mana souvenir dari bandung?? haha