Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

jOm kiTa tEngOk iKLan Ni!!

Sunday, July 17, 2011

KeiNdaHan CiPtAaN aLLaH di BuLan SyaAbaN~~

Alhamdulillah..semalam telah berlalunya Nisfu Syaaban.. Ramai yang berpuasa sunat hari ni..
Tapi malangnya aku tak dapat berbuat demikian... (paham2 jela) sob..sob..
Tak dapat baca surah yaasin 3kali tapi dapat dengar bacaan dari youtube je.. :'(


Ok, sekarang kita nak cerita pasal keindahan awan..
Salah satu ciptaan Allah yang sangat menarik perhatian aku..
Setiap hari bila balik kerja, kalau cuaca terang lagi, mesti aku duk teliti awan..
Kalau ada yang menarik hati, mesti aku snap..
Tak kiralah hp cap ayam ke ape yang ade masa tu..
Janji aku boleh snap..
Banyak jugak koleksi gambar awan yang aku snap.. nanti lain kali aku share ok..

Beberapa hari lepas tengah leka tengok awan, aku terpandang setompok awan (eh, betul ke penjodoh bilangan ni..haha) yang macam lain..
Lama aku perhatikan sambil jalan..
Lepas tu aku baru perasan di sebalik awan tu ade macam kalimah Allah..
SUBHANALLAH!! memang jelas..
Yang paling jelas huruf Ha..
Kalimah Alif Lam Lam Ha tu warna dia gelap sikit dari awan keliling dia..
Haish, tak taula nak describe macam mana..
Memang excited sangatla..
Tapi yang tak bestnya ke tiga3 henpon aku tarak bateri..
Sob..sob..memang tak dapat capturela..
Syukur diberikan peluang melihat kebesaran alam ciptaan Tuhan depan mata..
Beberapa minit lepas tu awan tu dah tak ada..

Semalam petang pulak 16 Julai 2011..aku dapat snap gambar ni..
Gambar diambil beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib, malam nisfu Syaaban..
Memang cantik sangat awan masa tu!!
Hari ni pun aku tengok banyak kameraman yang guna kamera mahal2 tu post gambar awan yang lebih kurang macam yang aku ambil ni dekat facebook..

Gambar diambil menggunakan Sony Ericsson Xperia mini10..
Mentah2 dari kamera ok.. Takde edit2..huhuh
Lokasi : Parit Raja
Inilah matahari terakhir terbenam sebelum tertutupnya buku amalan kita semua semalam.. 
alhamdulillah..
(menurut kalendar Islam kan permulaan hari bermula selepas Maghrib.. ;-))

Gambar seterusnya baru aku snap petang tadi..
Dah pukul 7 pun tapi hari masih terang..
Syukran ya Allah kerana telah mengurniakan alam yang indah ini..


Gambar diambil dari dalam bas..
Sorry ada ternampak wayar elektrik..huhuh
 


awan berkepul2 macam kapas.. ;-)



Awan tersusun dari lebar..paling hujung jadi kuncup..
Eh, paham tak apa aku maksudkan ni..hahaha


Subhanallah..
Maha suci Allah yang telah menciptakan sekelian alam.. =D