jOm kiTa tEngOk iKLan Ni!!

Wednesday, June 29, 2011

LaLaLa....BaWaK aNaK pErGi KeRjA...



Ahad lepas, macam biasa aku kena pergi kerja.. Tak ada masa nak menikmati hujung minggu.. Karna cutiku tidak menentu.. huhu... Seperti rutin harian, my lovely Incik Yazid yang akan hantar pergi kerja..

Hari tu dia bawak anak buah kesayangan dia sekali.. Terkejut jugak aku budak kecik tu nak ikut..1st time..huhuh.. Budak kecik tu anak kakak my sayang.. Dia duduk dekat2 je dengan rumah aku..Tapi jarang dapat jumpa.. Hari minggu kadang2 dia balik kampung, rumah family my sayang..

Oh,lupa pulak.. Nama dia Nurin Imanina.. yang belakang nama ketiga dia aku lupa dah...Huhu.. Nama samaran dia Nurin, Iman, Bibi (Baby dlm bahasa cina).. My incik sayang pangiil dia Uyen ke Olin kot..Macam2 nama..huhuh

Aku suka bila dengar dia bercakap.. Comel je..Hahaha...
Bila aku dah masuk dalam kereta..
Aku tanyalah: Iman nak pergi mana... 
Dia jawab : Jalan2la...
hoho... comel2...

Sepanjang jalan dia duduk belakang, tak mau duduk depan.. 
Almaklumlah dah lama tak jumpa aku.. Malu2 kucing.. 
Sepanjang perjalanan jugakla my sayang for the 1st time bawak slow... 
Dah kena sound dengan aku, bawak budak kecik tu jangan nak laju2, 
kang brek emergncy terlambung ke depan kang..
Hahah.. Jahat aku ni marah laki..

Bila nak sampai dekat stesen minyak Mobil dekat area Batu Pahat, 
aku suruh my sayang berhenti singgah, beli roti bagi budak kecik ni...
Mana tak nya pagi2 bangun tidur,
dengan tak mandi terus dia ikut.. Mesti lapar kan.. 
Aku ajak budak kecik tu sekali turun pergi beli makanan.. 
Lama jugak pujuk.. Dia tak mau.. Lama2 baru nak turun.. 
My sayang cakap jangan dia mintak nak beli macam2 sudah..hehe.. 
(tak kisahla budak tu nak beli ape pun sebab duit my sayang yang bagi..hahaha)

Bila dah masuk,aku beli roti gardenia krim Vanila & Jagung 12 bijik.. 
My sayang pesan suruh beli banyak2, nak bawak balik rumah..
Sekali dah naik harga jadi 70sen daa... 
Aku bagi budak kecik tu 2 biji suruh bawak g kaunter, aku bawak 10..


Time nak bayar, dia asyik tengok keliling je..Tapi tak pulak berani nak mintak apa2 dari aku.. Hahahaha.. Garang sangat ke aku ni.. Aku tunjuk la gula2 kat dia.. Iman nak tak?? Dia cuma angguk2 kepala dengan gaya comelnya..hahah..

Bila dah naik kereta, bukan roti yang jadi benda pertama dia nak.. 
Dia nak bedal gula2 dulu.. Habis sebijik, sebijik lg dia nak..
Aku baru je nak tanya sedap x gula2 tu..
Dia cuma tunjukkan lidah dia menandakan dah habis kena telan pun!!! 
Cepat gila dia makan...  
KRUPPP KRAPPP KRUUPP dia kunyah gula2 tu.. 
Adess.. Ni kalau tunjuk semua memang habis.. Tapi memang tak dapat nak sorok pon.. 
Habis satu paket gula2 tu dalam tempoh masa yang singkat iaitu dari Mobil pergi opis aku..

Bila dah sampai opis,masa masih panjang, so macam biasa aku duduk dulu dalam kereta..
Snapla pic budak kecik neh.. Bukan main menyorok dia..Huhuh





malu eh???



dari kerana mata~~~



mata anak Jopun..huhuhu



lari menyorok!!



merenung masa depan..





muka tension aku asyik ambik pic dia..hehe



tolong.. nak balik!! hehehe


Pastu bila masa dah time,aku pun gerak keluar dari kereta..
Aku suruh budak kecik ni cium pipi aku..
Lepas salam dia cium..
Walaweh..feeling2 macam ada bawak anak pergi kerja..
Hahahah...
Sabar2 Nadia oi.... Tunggula nanti ye...


Tuesday, June 28, 2011

TeLiNgA MeRah!!!!


Pernah tengok orang yang telinga dia akan jadi merah bila dia dalam sesuatu keadaan yang mempengaruhi emosi?? HAHAHA...
Bukanlah merah yang macam keluar asap dari telinga..yang tu melampau..Heheh..

Dulu masa kat UiTM lecturer ada cerita jugak pasal telinga merah ni..
Husband dia dulu konduktor muzik kalau tak silap..
Bila je dengar muzik yang sumbang, telinga dia sensitif jadi MERAH sangat!!

Pelik kan???


Sekarang ni dekat office aku ada seorang Chinese pun macam tu jugak..
Nak kata budak tak budak..Sebaya je dengan aku..
Dah namanya Cina memangla putih kan..
Kalau panas ke apa memang merah kulit, muka, hidung..

Mula-mula aku perasan telinga dia merah masa ade customer datang ramai2..
Semua perempuan muda-muda belaka..
Dia sorang yang entertain customer tu..
Mungkin dia malu kot...
Habis merah gila telinga dia..
Nak gelak guling2 aku tengok..huhuh

Semalam jadi lagi sekali.. Ketara betul nampak sebab aku duduk sebelah dia..huhuh
Semalam ada problem nak isu tiket airasia 10 orang..
Maybe dia dah takut sangat masa tu..
Merah betul telinganya..
Cuba tengok kat pic ni..



Yang peliknya telinga sebelah kanan je pulak tu..huhu
Kalau tak nampak lagi cuba tengok pic lagi satu ni...





MERAH kan??
Dalam pic tak nampak sangat..
Tapi dekat depan2 memang merah sangat..
Macam kena bakar...
hehehe....

Ada siapa-siapa yang kena mcam ni jugak tak????

Monday, June 27, 2011

PoKoK MaNgGa








Nampak buah mangga kat pokok ni memang tak ada kecur liur punya.. Tapi bila dah kupas, memang cepat je melantak kan..Mesti kes malas nak pegang pisau kupas kan..huhuh..


Hari ni nak cerita pasal Pokok Mangga.. bukan POKOK MANGGA yang ada dekat Melaka tu (nama tempat).. Tapi pasal sebatang pohon mangga...


Beberapa hari lepas masa aku balik kerja, aku ternampak segerombolan warga asing (Benggala...lalalala) dudu berkerumun kat tengah jalan.. ada yang naik basikal yang merupakan pengangkutan  kedua utama mereka di negara ini selain bas.. Bas untuk perjalanan jauh la kan..






Masa tu dekat nak maghrib..Aku dah agak risau nak lalu sebab diorang ramai.. Walaupun banyak rumah dekat situ, tapi Magrib2 mana ada orang keluar kan...


Nak dijadikan cerita, aku nampak ada 2 orang lagi mamat tu berdiri agak jauh sikit dari segerombolan tu.. Almaklumlah, aku ni rabun, tak nampakla apa yang diorang buat dari jauh..


Sekali tiba2 aku nampak flash kamera.. SAH!! Diorang ni tgh posing baik punyer depan pokok mangga tu..
Gaya diorang bergambar tu, mengalahkan bergambar dengan artis tau!!!
Lepas je member diorang tusnap gambar, si polan ni pun pergi la tengok hasil tangkapan dekat kamera henpon tu... Sekali hasil tak memberangsangkan agaknya, dia buat gaya frust siap hentak kaki wooo....



 muka frust..hhohohohoh

Aku pun tak tau apa lah uniknya pokok tu??? Ada siapa2 ada jawapan?? Hohoho..


 Kat tempat diorang tak ada pokok la agaknya kan??



Lokasi kejadian... ;p

Wednesday, June 15, 2011

SeLaMaT BeRdiKaRi!!! ~PaRt 3~

HOSTEL CASA MAHKOTA

Jauh jugak lokasi hostel ni dari kolej tempat pendaftaran..



Masa dalam perjalanan ternampak kedai Cowboy.. dulu pernah g masa dekat Melaka..
Kata orang yang selalu pergi situ murah harganya dulu..
Siap student UiTM leh buat niaga dulu..huhuh







Penat aku try nak rakam gambar signboard kat Kuantan yang unik ni..
payah betul sebab aku duduk seblah kiri, signboard sebelah kanan..
Ayat kat signboard dia memang penuh nasihat, pedas & direct to the point..hehehe




Sampai jugak akhirnya..
Inilah tempat hostel diorang ..
Hostel ni katanya dulu hotel bajet..
Agak buruk jugak dalamnya..huhuh


Location dia betul2 kat belakang Kolej Shahputra..kolej bersekutu uitm gak...




ni betul2 sebelah bilik ujang.. boleh skodeng awek dekat shahputra tu..huhu


ibu yang tak berhenti2 nasihat kat mamat tu.. (aku pon sama bebel gak..haha)


no. bilik beliau..nampak macam da usang jugak tempat ni..huhu


kecik betul bilik dia.. duduk 4 orang.. lelaki punya badan dahla beso2
Cadar purple tu katil beliau..

Sama x muka??huhuhhu.. Kandid beb..


hamik ko,xpernah salam ayah selama ni... kenalah salam.. ambik berkat..
alhamdulillah hopefully sampai bila2 macam ni...

bye2!!!

belajar betul2.. jangan main2.. baru boleh capai cita2 ko tu..


bila perjalanan balik pulak jumpa mendealah ni...
dahla frust xdapat amik gambo kat tulisan KUANTAN tu..
ni sepanjang perjalan adala dalam berpuluh2 ekor menatang ni..
buat kecut perut wo..
kalau nak ikut bontot dia sampai pagi esok baru sampai..
nak tak nak kenalah potong..
dahlah 2 lorong je..

omakk kau!!!tinggi tu..
alhamdulillah semua selamat...
paling bersyukur takde terserempak dengan satu kemalangan pun.. syukur...

Okaylah, dah tamat pun entri khas untuk mamat ni.. Tata...








Tuesday, June 14, 2011

SeLaMat BerDiKaRi!!! ~pArT 2~






PENDAFTARAN
Berbekalkan map dari IKIP yang x ikut skala & GPS hp aku yg tenggelam timbul, kitorang sampai dekat tempat pendaftaran.. Sunyi je tempat tu, kat tepi laut.. Tak lah seramai bila pendaftaran pelajar UiTM.. Kena pergi banyak kaunter untuk pendaftaran.. Yang kelakarnya orang asyik keliru,aku ke adik aku yang nak register ni..haha.. Muka aku cam budak sangat ke???

Kaunter 1 : Daftar dekat pintu masuk 









Kaunter 2 : Daftar nama ikut course (School of Art & Design UiTM)
Bayar buku teks terus dekat sini.. Nasib baikla ada duit lebih kan..



Rajin pulak bapak aku ni temankan sampai kat kaunter.. Selalu kalau ada apa2 tengok & tunggu dari jauh je..
hahaha



Kaunter 3 : Daftar kolej kediaman
(Casa Mahkota-lelaki)(Casa Sonati-perempuan)
Diorang diberi kad untuk keluar masuk hostel.. dah ala2 macam asrama sekolahla pulak.. Takpelah.. janji Diorang terjaga..Tinggal perlu risau makan & minum je..

 


Ramai yang menunggu... dah xtau mana student mane family..lebih kurang je..huhuhu



Kaunter 4 : Bahagian kewangan, bayar yuran pengajian


Masa ambik giliran nak pergi bahagian kewangan dapat no 053... Time tu baru no 30 kalau xsilap... Hambik ko berapa lama nak kena tunggu.. Then kitorang skip je mana yang boleh, terus pergi kaunter lain2.. Dah habis tawaf, pergi balik kaunter kewangan tu pun masih belum sampai giliran lagi.. Turn aku pulak teman si ujang ni buat bayaran.. Ibu aku cakap biar aku yang pergi, kalau bagitau dia bukan paham pun.. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri nanti..Hahaha..
Tunggguuu....


Dan tunggu...

tunggu giliran....

Dekat dalam tu adela beberapa orang pegawai IKIP.. Diorang terangkan mengenai bayaran-bayaran yang perlu dijelaskan.. memang masa hantar surat tawaran dah ada tulis, tapi nak lebih paham, dengarla diorang terangkan.. Yang buat lega hati, boleh bayar ansuran.. Yela, kitorang ni bukan orang kaya pun nak bayar selepuk.. Dulu masa aku masuk UiTM pun pakai duit pendahuluan PTPTN..



Kaunter 5 : Bahagian Tajaan
Ambil form berkaitan untuk permohonan PTPTN/MARA dll
Kalau tak ada pinjaman ataupun tajaan manalah larat nak bayar woo.... Terima kasih kerajaan Malaysia... Dah tau pinjam jangan lupa bayar balik ye.. (peringatan kepada yang berkenaan)

Kaunter 6 : Semakan rekod pelajar
Dekat sini Pegawai IKIP tu mintak segala borang pengenalan diri, surat berhenti sekolah, IC ibu bapa, sijil SPM, & segala sijil2 berkaitan.. Paling tak boleh blah orang tu panggil akun 'puan'.. adeh, ade rupa org bwk anak g daftar ke.. Masa mula datang orang confuse aku ni student ke ape, sekarang dah macam parents pulak ke..Hamppeehh...

Kaunter 7 : Bahagian Hal ehwal Pelajar
Ambil kad pelajar sementara, brief mengenai perjalanan bas ke kolej




ni la borang yang dia kena simpan lepas buat pendaftaran.. sebab ada hutang lagi, kenalah simpan elok..
Kod AD111 tu sama dengan kod student UiTM (dulu ada levelmate amik cos ni)



BELUM HABIS LAGI>>>>>

Untuk student UiTM diorang kena ada 2 step lagi..

1.Interview untuk student Art & Design




gambar curik dari pintu luar tempat Ujang kena interview..
Dia dapat keluar awal sebab haritu dia dah pergi interview dekat UiTM kat Johor..
Ada budak perempuan tu kena tahan lama sebab dia baru nak interview, pastu kena lukis lagi.. Siapa yang tak prepare memang masakla kan.. Nasib baikla Ujang bawak hasil lukisan dia masa nak pergi interview, siap dah cop & sign guru besar sekolah.. Senangla dia xsampai 10 minit kat dalam tu..

2. Register Online
Ada pegawai IKIP tolong bantu buat pendaftaran.. Kena masuk dekat website UiTM.. Tersenyum lebar Ujang bila tengok kena register dekat UiTM.. Bangga la tu.. Kira dia tersenarai pelajar UiTM jugak..huhu.. Paling elik, nak online ni pun kena bayar RM10 masa kat bahagian khidmat semakan pelajar tadi.. Gila betul nak sapu duit..


website uitm.. Kena isi result SPM & butir2 pengenalan diri..






Lepas tu kena pergi taklimat yang tak berapa nak taklimat... Baru pergi Hostel diorang..





Sebelum pergi ke hostel dia,akibat panas terik,kitorang teringinla try abc jagung kat depan IKIP nih...
Masa beli dah perasan ais dia kisar sangat kasar..mesti sakit gigi nk kunyah..bila dah dalam kereta baru rasa, hamik ko.. sedap gila rupanya... macam rasa nak patah balik je time tu.. hahaha


mamat ni sedang menikmati abc jagung yang marbeles tu..hoho


TO BE CONTINUE again.....

Hahaha.. Ade lagi part last.. Tunggu eh... Aku bila dah ada peluang memang susah nak berhenti..hahaha