jOm kiTa tEngOk iKLan Ni!!

Monday, August 1, 2011

~PeNgHuJuNg SyAaBaN~


Pagi semalam kitorang satu keluarga (kecuali my bro) bersama dengan makcik pergi lawat pusara moyang aku a.k.a nenek kepada ibu...
Kitorang rapat sangat dengan arwah (aku panggil nenek,sepatutnya moyang) sebab dia duduk sama2 dengan kitorang semasa hayat dia..
Dia jugak yang bela ibu & makcik aku dari kecik..
 Tanah yang kitorang duduk sekarang ni pun tanah arwah nenek..
Selalunya pagi raya kitorang xpergi kubur pun (sepatutnya selalula lawat kan)..

Kitorang datang selalunya sehari sebelum puasa..
Orang kata kalau bulan puasa ni roh balik rumah masing2 kan..
Tak tahu lah mana dapat fakta ni..huhu

Kitorang ingatkan nak pergi awal pagi..
Tapi pergi dah pukul 9 lebih..
Matahari dah mula naik dah..


Ayah bawak cangkul dari rumah..
Dia buat cangkul rumput yang ada dekat kubur nenek..
Tapi rumput2 dekat situ kering semacam..
Macam dah kena racun..
Aku tolong bersihkan rumput2,lap batu nesan nenek..



Terpaksa menggunakan khidmat payung sebab matahari dah mula terik..
Yang pegang payung tu ibu..
Baju hitam tu adik..
Yang dekat hujung sana makcik aku, Mak Yos..
Mak Yos tengah pergi cari kubur arwah anak dia..
Meninggal masa lahir..
Beruntung Mak Yos anak dia dah tunggu kat pintu syurga..Amin~~


Disebabkan kubur arwah anak Mak Yos tu tak ada tanda, dah tak dapat kesan dah kat mana lokasinya..
Tapi yang pasti dekat je dengan kubur nenek..
Adik dengan ayah letak batu bata sebagai tanda..




Sebelum pergi tadi, kitorang singgah beli bunga rampai..
Wangi bau dia..
Orang tu memang sentiasa jual.. Senang sebab dah siap..
Tinggal guna je..



Aku,ibu, mak yos sempat bacakan Yasin dekat kubur nenek..
Walaupun sakit tekak,kuat jugak suara aku baca..
Takpela, aku niat bacakan untuk semua umat Islam pun..
Tak sia2 nenek ajar aku mengaji sampai khatam umur 5 tahun... ;)


Lepas habis baca,kitorang tuangla bunga rampai tu dengan air..
Berseri kubur nenek..
Tak adalah wujud pembaziran pun buat bunga tu..
Janji bukan macam kubur dekat Singapore..
Mewah dah macam rumah,siap ade colok bagi wangi..
Setakat bunga rampai cukupla kan..


Yang ni kubur menantu nenek,datuk saudara aku..
Kitorang tolong bersihkan jugak..
Selang berapa je dari kubur nenek..


Yang ni kitorang jumpa masa round cari kubur..
Tak tahu apa motif letak sign ni..



Lastly muka tukang hupload..
Muka pagi buta,tanpa bedak atau mekap..
Sekali tengok,macam muka adik lelaki aku versi pakai tudung..huhuh

Anyway, selamat berpuasa ye...