Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

jOm kiTa tEngOk iKLan Ni!!

Friday, November 26, 2010

Hari Ini Hari Jumaat..

Hari ni merupakan hari Jumaat terakhir aku kat Kota KL nih.. Alhamdulillah..pasni aku da menetap kembali bersama ibu bapa n keluarga tercinta.. Dekat gak dengan hubby tercinta..hahaha... 

Pagi tadi cuma breakfast roti high5 n soya kacang merah je.. Huhu.. di penghujung bulan ni kena save sikit.. Lagipun pasni aku tak kerja dah.. haha.. Padahal aku punya perut memang xboleh makan banyak.. 


 
Hari ni jugak opismate aku start cuti kahwin.. insya allah ahad ni aku akan dtg ke majlis tempat perempuan dekat Dewan Majlis Perbandaran Seremban.. 

Kalau ikutkan hati aku memang dah tak nak dah buat semua kerja2 ni.. Tapi nak buat macam mana.. Dah aku tinggal sorang.. Layankan jela kan.. Lagi2 hari ni hari Jumaat.. Sampai ke petang confirm orang tak berhenti mintak tiket.. Sekali hambik byk gla!! Meja pon dah tak terurus.. Lantakla.. Janji kerja aku siap.. Customer pon xkomplen kat aku..

 
 lambakan travel form....

malas nak kemas boleh x??


Sepatutnya aku last day kt opis sok.. Tapi kena plak ajar staf yang nk ganti opismtae aku yg cuti tu.. So, extendla sampai 30hb.. HQ suruh jugak extend lagi.. Sampai tengah bulan 12.. Harap maafla ye.. permintaan anda tidak akan dilayan.. Saya sudah mengatur pelbagai program yang menanti di sana..

Ok, balik pada cite hari ini.. Ada dua perasaan melanda.. 

1st cite yg bengang dulu k.. Ade la pakcik Korean ni sgt sengal nak mintak tukar tiket dia.. Pastu nak cancel pulak.. Manyak cantik.. Ko ingt ko beli bisnes kelas ko da bagus sgt.. Nak cancel la sebab dia kata boleh dapat tempat lain lagi murah!! Dahtu kenapa dari awal2 tak beli je kat tempat lain tu.. Hangin satu badan je.. Dahtu sibuk kata harga yang dah reissue tu lagi murah.. Padahal harga yang sama, tak ada caj apa2.. itu pon kecoh!! Wat spoil mood gembira aku yang menghitung hari ni je..

2nd.. aku dapat souvenir dari customer.. Dia baru balik dari vietnam..
Dengan tak malunye aku, before dia fly aku dah pesan nak souvenir.. Hahaha... Meh tengok..

 Walaupun aku tak suka sangat coklat, benda free depan mata ambik jela!! Hahaha..

 
Fridge magnet ni memang tersangat comel!! Mereka berdua ni pakai pakaian tradisional Vietnam rasanya..




Thanks a lot Kak Lila kerana menceriakan hariku!! 
Pasni jangan lupa bagi lagi..Hehehe...

Tuesday, November 23, 2010

Free Ice Tea


 hari sabtu haritu aku pelik nape ramai sgt org minum air tin kt main entrance ampang point.. tin bersepah2..
pastu twngok ramai pakai baju biru.. logo F&N seasons.. baru ku tau ade bg air free.. 


teringat aku dlu time klas BEL kt uitm, lecturer pernah tanya, siapa tau air tin jenama SEASONS tu anak syarikat siapa.. Aku jawabla F&N.. Dia kata bagus, aku peka nk baca n belek belakang tin tu..hahaha.. kebetulan..


balik pada cerita td, aku pun pura 2 la menunggu bas kt tmpat redup walaupun mmg tgh tggu bas...haha..
that time masih belum tau ape motif bagi air free tu.. bila da dpt air nye baru tau.. dlu biasanya SEASONS ICE LEMON TEA kn.. sekarang dah ada flavor baru.. ade 5 xsilap aku.. tapi aku cuma tau dua, sbb air tu je aku dapat.. 
*yang lain xsempat tengok poster..haha

 


 air tin pertama aku dapat time tercongok depan ampang point.. TEH AIS PIC..
time sejuk sedap..da xsejuk blueekk...

before naik bas aku mintak lagi satu kt promoter.. sebab aku tengok ade perisa lain..haha


 
 van & iklan new flavor seasons... cantik kaler biru!!!
 bila dah naik atas bas driver panggil dorg suh bagi naik atas bas..haha..


 aku dapatla lagi satu tin..hehehe.. total jadi 3 la...

lagi 2 tin tu aku dapat air nih TEH EPAL AIS... xminum lagi..

 suka betul aku tengok van dia.. colourful..huhuh...

 ni lori air yang bertin2 banyak tu..hahaha


hopefully pasni watla lagi ye..tapi wat kat batu pahat lak tau..leh aku serbu..hehe

Saturday, November 20, 2010

Puding for everyone... ;-)


 Aku tak tau la nama menu ni apa sebenarnya.. Ada kata cocktail, puding buah la, puding kuah la.. Xpela.. janji fevretku... Cuma tak boleh makan selalu la.. Mau kena kencing manis nanti..haha

Actually lama dah aku beli Tepung Custard ngn susu cair ni.. Lama dah nak buat.. Tapi xsempat2.. So, sempena minggu terakhir aku kat sini, aku pun buatla puding kuah ni.. Padahal bukan pandai sangat buat pun.. Nak belanja lain tak mampu.. Hehehe...
Thanks to Mak Yos atas menu yang diperturunkan pada aku..hehehe

Mari kita layan Resepi Puding ni.. 
*Tapi bab sukatan aku xmahir la ye..hahaha..


 1. BAHAN UNTUK PUDING
  •  Tepung Bird Custard
Actually guna tepung jagung pon boleh.. Pastu kena letak pewarna.. tepung Bird Custard ni mahal.. Tak berbaloi.. Huhu... Tepung ni mahal sebab dia dah de pwangi n kaler kuning tu...

  • Gula
Tak payah banyak pon takpe.. Sebab yang penting kuah dia. Hehehe

Cara2 dia:
Mengikut kata makcik aku, anggaran dia kalau satu tepung = 7 air..
Aku guna mangkuk, tepung satu mangkuk = air 7 mangkuk..
Campurkan air tu.. Pastu masak sampai tanak..
Mula2 nampak macam cair.. Lama2 dia akan jadi likat & pekat..

pastu bila da betul2 masak, tuang dalam bekas bersesuaian..
Kalau nk cedok pakai sudu je time makan, air kene lebih..
Kalau nk keras, air kurangkan.. Then potong2 ikut suka..
Hehe..


2. BAHAN UNTUK KUAH

  • Susu Cair (xkira la apa jenama)
Aku pilih ni sebab paling murah..hehe


  • Gula
Letak ikut suka.. Kalau yang suka manis leh letak lebihla...

  • Telur

 Cara2 Buat:
Kisar telur, susu cair & tepung jagung.. Ni bagi benda ni sbeati la.. Jadi masa masak nanti tak berketul2..
Pastu masukkan dalam periuk, & tambahkan air.. Itu pun ikut suka.. Kalau nk banyak tambahla banyak..Heheh.. Asyik ikut suka je kan..


 3. BAHAN UNTUK HIASAN
Leh ikut suka jugak nak letak buah ape.. Ikut kemampuan.. hehe

 Anggur


 Epal

 Pear

 
Nata de Coco
Bila da siap sume masukkan dalam mangkuk
Potong2 ikut suka

 
masukkan buah2 hiasan tadi

 tuang kuah...


 Tarraaaa.. Da siap..

 da macam nak meniaga dah aku ni..hahaha

SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, November 10, 2010

Persahabatan yang takkan putus..


Kagum!!!

Itulah perkataan yang boleh aku gambarkan mengenai persahabatan kami semua.. 
Terutamanya pelajar2 ex 1RK, 2RK, 3RK, 4ST1 & 5ST2 (2001-2005)..
Senang je nk ingt tahun kn..

Sejak dari tahun bila aku xingat..
Tapi yang pasti tiap2 tahun ktorg xpnah miss wat baraan raya..
Tak kira la jumlah yang hadir ramai atau sikit..

Walaupun ada yang cuma pnah sekelas cuma setahun, tap masih x ketinggalan..
Masih nak berkumpul bersama2..
Macam yang korang penah baca masa buka puasa aritu..
Ktorg kumpul sama2..
Tapi aku naik keje awal..
Xdapat pon nak join baraan tahun ni tuk pertama kalinya...

Baru2 ni dikejutkan dengan berita salah sorang classmate kami kemalangan..
Shuib Kardi nama dia..
mmg sgt terkejut..
Yela, walaupun cuma 3tahun sekelas, ktorg masih keep in touch..
Selama 5 tahun persahabatan kami semua, belum pernah terjadi perkara ni..
Takdir Allah...
Tak ada siapa yang mampu menghalang..

Tujuan dia dan rakan2nya seramai 9 org ke Pulau Pangkor pada asalnya untuk release tension tuk exam..
Telah berakhir dengan tragedi..
Mengikut ceritanya kenderaan dinaiki iaitu van gagal dikawal ketika menuruni bukit..
Lalu melanggar tembok di tepi jalan..
Begitulah yang diceritakan oleh mak Shuib..
Kalau nak tanya Shuib mmg dia xkan cerita la..
Mari ikuti apa yang kami dapati semasa melawat beli di HKL.. 

6hb Nov 2010
Aku n Liana gerak dari Ampang.. Nasib baikla ada bantuan GPS.. Hari pulak hujan, asyik hilang je signal dia.. Alhamdulillah kami selamat sampai... Bila da sampai pening cari tempat parking kerete..Punyela besar hospital tu rupanya.. Kat situ la kami berjumpa degan Hisham Mahdoon a.k.a , Taufiq, Zuha & Aida.. Kemudian kami cari wad neurologi.. Dahla HKL tu besar.. Entah kat mana tempatnya.. 
Mujur tempat parkir tu dekat dengan wad yang dituju.. 
Wad neurologi = kaji saraf.. Baru kutahu.. 
Sampai kat sana, Chike terus menerpa ke arah Shuib.. Yela, meraka rapat.. Chike usap bahu Shuib, usap tangan dia, kaki dia.. Sebak gak menahan air mata melihat keadaan rakan seperti itu.. Dia bukak mata pon skejap2 je.. Cakap pon antara dengar dgn tak.. Mungkin nasib kami tak bernasib baik haritu.. Mak dia beritahu dia ada pendarahan dalam otak.. Plus tengkuk patah.. Mungkin akibat terhentak masa kejadian.. Mak dia xcerita depan dia pon.. Tak mau dia dengar..
Lebih kurang setengah jam je kami sempat jumpa dia.. Pembantu perubatan HKL minta kami keluar dan masuk semula jam3 petang sbb mereka nak buat kerja pembersihan... Belum puas nak tahu keadaan Shuib.. Tapi terpaksa akur..
7hb Nov 2010
Hari ni kami pergi lagi.. Tapi kali ni menaiki kereta Avanza Halim yang ditemani si buah hatinya Marcella dan Nazura.. Sekali lagi menggunakan bantuan GPS.. Mujurlah dah reti nk guna menatang tu semalam..tapi hujan lagi..Signal kurang elok.. Kami ambil Zulhelmi & Atikah Razali di Masjid Jamek.. 

Hatiku berdoa supaya hari ni Shuib lebih elok dari semalam.. Masa kami sampai, ade seorang wanita kat situ.. Dia lecturer Shuib yang datang dari USM.. Menurut  kata mak dia, alhamdulillah hari2 ada saja orang yang akan datang melawat..

Sewaktu mula-mula sampai agak kecewa jugak.. Keadaan dia masih macam semalam.. Tidur... Pejam mata.. Mungkin dia penat, sakit kepala agaknya.. Tapi kami masih setia tunggu dia bukak mata.. Dia cuma angguk2 bila dengar adik dia yang jaga masa tu beritahu ada kawan dia datang.. Mak dia tak ada.. Kalau mak dia ada mesti mak dia kejut suruh dia bangun...

Sangkaan aku betul.. Bila mak dia sampai lepas makan, mak dia kejut dia.. Mula2 dia macam tak nak bangun.. Bila mak di berulang kali suruh dia bukak mata, kawan2 datang dari jauh sampai, barula dia bukak mata besar2.. 
Alhamdulillah.. Dengan penuh lemah dia bertanya soalan kepada Halim dan Zulhilmi.. Mereka berdua berdiri di sisi Shuib sambil genggam tangan dia sebagai pemberi semangat.. 

time shuib da start leh bcakap, si zul leh wat lawak pasal kahwin.. Sorg2 Shuib tanya bila nk kahwin...
Trip kedua sampai sejam lbih lepas kitorg smpai... Mereka terdiri daripada Zulfadhli, Radhiyah n Faizah..

 yang xbest Shuib asyik mengamuk nak bukak pendakap leher dia.. entah betul ke x nama benda tu..huuhu..
mak dia la orang paling setia kat sebelah dia.. bagi dia minum 100plus.. sampai tenaga dia kuat melawan nak bukak benda kt leher tu.. 

tengokla benda kt leher dia dah terbukak.. risau ktorg tengok...
mmgla rimas.. tp bnda tu tkeselamatan dia kan.. 

Paling kami bersyukur, Shuib cepat dihantar ke HKL.. Menurut kata mak dia, semsa dia kat Hospital Ipoh,  dia xdipasang pon dengan benda kt leher tu.. Kalau lambat n dibiarkan, kemungkinan besar dia boleh lumpuh!! Alhamdulillah dia masih boleh diubati...
 
sebelum pulang, Atikah meninggalkan pesan kepada mak Shuib.. Yela, bakal doktor tu..huhuhu..
Tup2 pas ktorg kate nak balik setelah berjam2 kat situ, dia mengamuk nk bukak lagi benda tu.. Haih, last2 Atikah Kosnon yang baru dtg, Liana n Nazura terpaksa pegang tangan dia.. patutla kt wall Shuib kwan dia ade kata pasal dia kena ikat tangan tu... kalau ikut kata Atikah Razali disebabkan sakit dia effect kt kepala, kemungkinan untuk berlaku changes behavior tinggi.. Masa mula2 datang ada jugak dia suruh semua hulur tangan pastu cantum tangan dua2.. Tak paham kitorang ..

Inilah antara mereka yang hadir.. walaupun xsemua, diharap dapat memberi semangat kepada Shuib...


Okla... Kita lupakan sekejap kisah sedih tadi.. Aku pun da tak tau nak type apa.. Banyak sangat nak diceritakan pasal Shuib ni..



Ni benda yang aku paling tak boleh lupa kat HKL.. Ada Level -1 & Level 0.. 
Tak pernah aku jumpa seumur hidup..
Selalunya Ground ataupun LG kn..huhu 


Lepas balik singgah makan & solat kat Tesco Ampang.. Kaki ku dah mula wat hal..
badan besar kaki kecik memangla tak tahan diri lama2 kan..


pasangan seterusnya yang bakal bersanding sikit hari lagi..hahaha
HALIM & MARCELLA 

menu petang tu.. Tauhu Bakar yang mahal dan tak power langsung!!


Lastly pic  wif my kembar... hehe..

SEMOGA SHUIB CEPAT SEMBUH & TENGOK KAMI SEMUA KAHWIN YE!!!


* gambar kebanyakan diambil secara kandid.. so harap maaf kepada sape2 yang ter'capture' ;-)

Friday, October 29, 2010

Berwaspadalah Kamu!!

Ni satu lagi info yang aku dapat dari facebook.. Sumber utama tidak diketahui.. Aku sekadar nak share dekat sini.. Sila baca ye...
peringatan pada kaum hawa. mesti baca( saper nak share silakan)

Amaran pd Kaum Hawa

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.


Kesah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??



Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..


lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?



sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..



perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..



Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!



kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..



satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.


Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.



Sila panjangkan email ini pada sesiapa yg anda kenali.



Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.





* Inila salah satu sebab yang boleh buat aku makin takut nak beli kereta.. Kemalangan satu hal, makhluk2 durjana camni pon satu hal asyik nak sasarkan kaum yang lemah je.. Ya Allah.. jauhkanla umat Islam dari perkara sebegini.. Amin...

Thursday, October 28, 2010

Kuku Oh Kuku!!

Aku baca kat facebook pasal benda ni.. siapa kata facebook banyak datangkan masalh je.. Kadang2 info-info yang kita tak tau senang nak dapat kat facebook kn..  yela, nak harapkan baca buku agama bukan semua orang nak wat.. Jadi sekurang-kurangnya info macam ni yang de kat facebook, leh wat orang yang terpandang mesti nak baca.. Eh, apa aku melalut ni.. Jom kita baca info pasal kuku kita ni.. Layan!!





Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)



dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian!!

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....


((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

~
~
~
~

* aku selalu terlupa nak potong kuku hari Jumaat, so aku extend ke Jumaat seterusnya.. time tu kuku da panjang sikit la kn sbb da extend seminggu.. hui, tobat xmo extend lagi..xksahla ari pe pon nk potong gakk.. ;-) 

Monday, October 25, 2010

Coretan Si Kucing Comot!!!!



CORETAN SI KUCING COMOT



Hai semua...
Nama saya AMUT..
Keluarga baru saya yang bagi nama ni..
Singkatan bagi comot..
Tengok jela warna saya ni kan..
Hitam comot je..
Tapi bulu saya bersih tau...


Sebenarnya saya ada seekor lagi adik beradik..
Nama dia ANING, singkatan bagi kuning..
Warna dia mewarisi ibu saya..
Dia sangat comel..
Dulu keluarga ni cuma sayang dia..
Sebab dia berani tonjokanl diri dekat orang..
Saya ni pemalu..
Saya sedar siapa saya..
Tapi sekarang dia dah hilang..
Mungkin ada orang ambil dia..
Biasalah, dia kan cantik..
Tapi saya dah tak ada kawan sebaya lagila..


Saya sangat berterima kasih dengan keluarga ni sebab bagi saya tempat berteduh..
Walaupun saya selalu dapat makan sisa saja..
Ssekurang-kurangnya saya masih dapat makan..
Tak perlu nak cari..
Tuan saya selalu bawa makanan dari kantin tempat dia bekerja..
Sudah tentu makanan tu sedap-sedap belaka..
Cukupla untuk saya dan kucing-kucing peliharaan yang lain isi perut kami..


Bila orang tengok muka saya, mereka cakap muka saya ni tak ada perasaan..
Betul ke???
Mungkin sebab warna saya agaknya..
Orang nak cari mana satu mata dan mulut saya pun susah..
Tapi jangan risau..
Saya sayang keluarga saya yang baru ni..
Bila saya jilat kamu, maknanya saya tunjukkan terima kasih la tu..



Terima kasih sebab bela saya..
Saya janji saya tak akan buat kotor dekat rumah ni..
Saya janji saya akan doakan keluarga ni murah rezeki..
Itula hadiah tak ternilai yang saya mampu balas..
Walaupun dunia kita berbeza..
Semoga hubungan kita akan kekal sampai bila-bila..

Yang Benar,
Amut

Saturday, October 23, 2010

Kenduri Kahwin di Ayer Hitam

 Kenduri 3 hari 3 malam
HARI PERTAMA
Akad nikah Kak Ina & pasangannya (lupa nama)
Aku lum balik lagi..so takde gambar yang nak diletak..huhuh

HARI KEDUA

Majlis Aqiqah Rayyan Adam
Aku sampai pon dah petang..
So cuma ade pic kambing yang tengah dilapah oleh sepupu sepapatku je..hehe


 orang kuat : Pak Anjang

 
Abang Bad + Suami kak Liza = Ayah Rayyan Adam :)


usaha abg bad suh adam pndg kamera mmg sia2..haha



kena ikat perut kambing ni..
* katenya kalau pecah isi perut dia ni maka suma dagingnya xleh dimakan.. tak taula btol x




dah macam orang demam dah muka aku ni,,haha.. lantakla..janji dapat bergambar ngn Adam kan??? haha.. artis tu.. sume orang kejar dia..



yeah.. mama adam nk enterframe gak..pose berlatar belakangkan kambing yang tengah dilapah
tak abis2 muka monyok dia..huhu

dalam hati Adam ; auntie Nadia ni kena sawan ambik gambar ke??





 Atuk Saudaraku

Ayah Adam tengah membanting tulang tuk anak dia  tu..huhuh







serius aku tak tau nama sepupu aku ni.haha.. anak mak Anjang ramai sangat...





adam mkn pon sibuk budak2 tu nk mengadap dia.. huhu

kami berkelah bawah pokok kelapa.. padahal dah senja.. tp pic ni nmpak terang..huhuhu
aku xmkn..jd amik gambo jela..

mama adam plak nak makan tau!!

mak intan : aku ni yang xde gigi kau nak amik gambo watpe??? ;-p

cik yah : kau ni memang dah takde keje lain.. gambar aku tengah wat ape2 je diambik!! 
haha..nk wat cmne cik yah..dah hobi..



aktiviti sebelah malam pulak.. 
org lain tolong rewang.. mamat ni duduk aje!!


melantak sup ngan roti..sekali lagi aku tak makan..huhu


waaahhh!! ape cik yah dok bebel tu..haha


anak sepupu aku yang lain.. ramai tol anak buah aku..huhuh
harap maaf..aku memang suka baby..sume kena dokong..

nama dia Anis...yg ni kaki senyum n ketawa plak..hehe


takutnye muka ko dik!!! hohoho









ni plak misi tangkap gambar Adam senyum.. comel gila seyh!!! tp mmang  susah gila nk snap!!!
sangat mahal woo dia punye senyum..







HARI KETIGA

Majlis Persandingan...
Tema dia hijau pucuk pisang
pelamin Astana


      muka pengantin before make up






yeahh.dah tambah cantik pon pas disolek!!!
sebelah kanan tu mak andamnye..sape lg kalau bukan ibu aku..heheh

krew andaman salmah.. kurang sorg arini..huhu

 
Family pak anjang : anak2 buah pengantin = anak buah aku
tapi yg sebelah kanan sekali tu sepupu ktorg.. dia ngn anak buah sebaya..huhu

moh le tengok staf mak aku siapkan pengantin lelaki.. cewaahh!! staf gitu..haha


kena make up gak sikit.. kasi muka xpucat & birat.. ala..gloss n bedak je pon..


ha..bayar tol dulu baru leh masuk!!! kata makcik2ku..


berdebar2 si pengantin ni..huhuh

kompang dipalu, pengantin baru..
duduk bersanding tersipu malu ;-)

acara baling gula2

hambik ko dgn bakul2 sekali!! haha



tempat makan berdamai..

kek pengantin yang waalllaaweehhh!!!

air tangan Mak Intan & Cik Yah..
Ala2 chef hotel tuu..haha




bacaan doa..

mak anjang & adik ayah: cik Yep
aminn...

family pengantin..
*kurang cahaya.. gelap..huhu

sesi posing memosing

                                   

touchup skit..


amik berkat eh??? lalala~~~

eh2.. adam lagi..hehe

makin petang sepupu2 pengantin kena sampuk karaoke..haha


termasukla kami semua..hehe

assistant ibu: Kak Azie

 



 




 

mane satu adik, mane satu akak ipar nih?? sebaya kot..huhu


sekian saja tuk bulan ni.. tunggu bulan 12 nanti majlis Kak As anak Pak Long plak..huhu




* aku bila lagi??? hahahah.. gatal lagi..