Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

jOm kiTa tEngOk iKLan Ni!!

Friday, December 9, 2011

K.A.W.A.N aka J.I.R.A.N MaiN kAweN2

Musim mengawan tiba lagi..
Hujung minggu penuh dengan majlis kahwin..
Entry kali ni nak story pasal majlis pertunangan my bff  & neighbour dulu hingga kini..hehe
Nor Azieyana & Aswad 29/10/2011
Siti Faizah & Mahzan 19/11/2011

Bab jealous tu jangan cakaplah weh..
Tambahan kiri kanan orang duk sibuk tanya :
Kau bila lagi??
Pelamin dah ada,ko tunggu apa lagi??
Adehh..cakap memang senangla..
Tapi sendiri tak dapat nak tanggung diri sendiri betul2 lagi..
Lagi mau kahwin..
Cakap senangla kan..
Memang family ade andaman..
Dah tu nak bagi orang yang datang makan tu pakai ape kan..
Pulak tu kalau nak jemput bukannya sikit..
ada yang masam muka pulak kang..
Dah ramai sangat yang kenal..
Haih..pening2..

Ok,cukup..
Sekarang layan lah gambar2 di majlis mereka..
Layan gambar Azie dulu ye..
AZIE & ASWAT 29/10/2011

mini pelamin permintaan Azie..huuhu..comel banget..

Azie with her hantaran.. made by herself..

cincin di jari tanda sudah berpunya.. ;p


bakal  mak mertua Azie..

Kek hasil tangan orang demam.. tapi menyelerakan..huhu

last minute punya sirih junjung.. cantik!!
bunga import dari Cameron..
made by Azima

Azie & Aswat

Me & Azie my BFF..
dari dulu sampai sekarang memang sama ketot la kitorang!! hahaha

Ibu a.k.a jurumekap & Azie 
*** omak den lagi kemetot rupanya..hahaha***

Azie & Faizah


Sekarang layan gambar Faizah pulak..
Rugi betul aku tak ada masa ni..
Gambar tak ada yang betul2 pose minah ni..
Layan jela gambar curik dari tuan empunya diri & kawan2 dia.huhu..
Faizah & Mahzan 19/11/2011





mini pelamin 1st trial aku & sepupu aku...huhu..




gambar curi dari fb dia..hehe



dua2 dah jadi tunangan orang...

********************************************************************

tahun depan diorang nak kahwin dah..
Azie mungkin April, Faizah Jun..
jiran lagi sorang bulan May..

huargghh...
sabo2....
adela nanti rezeki nanti kan...
(ayat penyedap hati)
AMIN¬¬¬¬¬


Thursday, November 17, 2011

PeSta PanTun BesTaRi IPTA 2011


Haih, lame dah rasanye x mencoret kat diari maya aku nih..
Bz lah katekan..
Hahah. poyo je lbih..

Ok,hari ni nak cerita pasal pesta pantun bestari..
Dua hari lepas dah.. Lambat nk story..
Tak kisahla..Tetap nak story jugak..

Malam tu bosan sangat tak ada cerita nak tengok..
Tukar TV1 tengok2 ada pertandingan..
Dalam hati "eh angin baik plak tv ni malam ni..terang benderang"..huhuh
Bila tengok pertandingan pantun rupanya..
Layan gak la pertandingan ahir tu..
Sambil2 mengimbau zaman berpantun wakil sekolah dulu..hehe
Ibu pun layan jugak rupanya..

Malam tu pertandiingan antara Universiti Malaya & Universiti Islam Antarabngsa Malaysia..
Dua2 pasukan terdiri daripada 2 lelaki dan seorang perempuan..
UM: Jebat, Mastini, Pian
ni gambar speruh akhir.. yg final tak jumpa..

UIAM : Iman, Mariam & lupa nama lagi sorang..haha

Dari mula sampai akhir aku asyik tergelak je sorang..
Pantun diorang tu ada yang kelakar..
Dengan pengacara pantun yang asyik nengacau pemantun2..
Tapi aku memang respect kat pemantun2 tu.
Syarat pertandingan diorang tak boleh guna pen (alat tulis yang lain pun tak boleh)
Kena direct fikir secara spontan  lepastu terus berpantun..
Aku ada try buat sekali jawab soalan diorang,memang terkial2..
Itu pun kat rumah sorang2 bolehla..
Ni kalau dah penuh satu stadium tengok ape tak gabra..hooho..

1st round : Tema Pantun Lawak
Pemantun 1st VS Pemantun 1st
Pemantun 2nd VS Pemantun 2nd
Pemantun 3rd VS Pemantun 3rd
memang tak boleh blah yang ni..
ade pasal sambal belacan letak mentega lah, skodeng anak dara lah, lelaki ajak lelaki datinglah..
Soalan ringkas tapi memang tajam wo..huhu
Pemantun perempuan UIAM dah buat fault,tergagap masa nak baca pantun..
Dah dapat agak siapa menang dah time tu..

2nd round : Tema sendiri
Pemantun 1st VS Pemantun 2nd
Pemantun 2nd VS Pemantun 3rd
Pemantun 3rdVS Pemantun 1st
yang ni pemantun jual pantun yang dah siap sedia sendiri (boleh tengok kertas kot)
pastu pemantun lawan kena jawab spontan..

3rd round : Tema cabutan
Pemantun 1st VS Pemantun 3rd
Pemantun 2nd VS Pemantun 1st
Pemantun 3rdVS Pemantun 2nd
yang ni berdasarkan cabutan yang dibuat..
Antara tema yang ade, integriti, satu malaysia, media massa etc

Pertandingan ni ada dua pengacara..
Satu untuk tv-perempuan, satu lagi untuk pertandingan-lelaki..
Lupa nama diorang..
Tapi sudah semestinya skrip diorang penuh dengan pantun la..hehe
Ibu cakap yang lelaki tu dari dulu lagi memang terlibat dengan pertandingan pantun ni..
Dia memang tak boleh blah..
Suka buat lawak, lagi2 time pemantun tengah struggle fikir ayat nak jawab kan..
Siut betul..huhu

Pemantun perempuan UM tu orangnya agak chubby..
UIAM plak orangnya lawa..
Ada je yang nak dikenan2kan dek pengacara @ pemantun lelaki..
Diorang dahla guna kanda dinda..Memang terbaiklah..
Ada dialog yang macam n lebih kurang:
Kanda,janganlah renung lama2,nanti tidur tak lena..
Puteri di sana kuncup,puteri di sini kembang..
Macam2lah dialog diorang sebelum start berpantun..
Memang style habisla..
Mungkin tu startegi diorang nak psycho pihak lawan kan..

Acara selingan,ada persembahan artis..
Ramlah Ram: Zapin Hari Ribut
Eddie Nazrin
Siti Nordiana & Ebby Yus: Anak Daro (N9)
(kelakar lagu diorang nyanyi ni..Ebby yus terkial2 nyanyi..sampai terlajak2)
Shila Hamzah : Tari Tualang Tiga

Dan akhirnya...

Johan Pesta Pantun Bestari IPTA 2011:
Universiti Malaya


  
Johan kostum terbaik : UIAM (menang sebab yang perempuan ada pakai sanggul lintang kot)
Pemantun terbaik : Noriman UIAM-sebab muka macho kot..haha (aku pilih Jebat Amir UM)

Sekian..

P/S: Baru 1st time nampak penampilan Siti Nordiana pakai tudung malam tu.. Semoga Allah kurniakan hidayah kepadaku.. Amin.. ;-)

Picturre credit to Fb Pesta Pantun Bestari.. Gambar semi final je..

Monday, August 1, 2011

~PeNgHuJuNg SyAaBaN~


Pagi semalam kitorang satu keluarga (kecuali my bro) bersama dengan makcik pergi lawat pusara moyang aku a.k.a nenek kepada ibu...
Kitorang rapat sangat dengan arwah (aku panggil nenek,sepatutnya moyang) sebab dia duduk sama2 dengan kitorang semasa hayat dia..
Dia jugak yang bela ibu & makcik aku dari kecik..
 Tanah yang kitorang duduk sekarang ni pun tanah arwah nenek..
Selalunya pagi raya kitorang xpergi kubur pun (sepatutnya selalula lawat kan)..

Kitorang datang selalunya sehari sebelum puasa..
Orang kata kalau bulan puasa ni roh balik rumah masing2 kan..
Tak tahu lah mana dapat fakta ni..huhu

Kitorang ingatkan nak pergi awal pagi..
Tapi pergi dah pukul 9 lebih..
Matahari dah mula naik dah..


Ayah bawak cangkul dari rumah..
Dia buat cangkul rumput yang ada dekat kubur nenek..
Tapi rumput2 dekat situ kering semacam..
Macam dah kena racun..
Aku tolong bersihkan rumput2,lap batu nesan nenek..



Terpaksa menggunakan khidmat payung sebab matahari dah mula terik..
Yang pegang payung tu ibu..
Baju hitam tu adik..
Yang dekat hujung sana makcik aku, Mak Yos..
Mak Yos tengah pergi cari kubur arwah anak dia..
Meninggal masa lahir..
Beruntung Mak Yos anak dia dah tunggu kat pintu syurga..Amin~~


Disebabkan kubur arwah anak Mak Yos tu tak ada tanda, dah tak dapat kesan dah kat mana lokasinya..
Tapi yang pasti dekat je dengan kubur nenek..
Adik dengan ayah letak batu bata sebagai tanda..




Sebelum pergi tadi, kitorang singgah beli bunga rampai..
Wangi bau dia..
Orang tu memang sentiasa jual.. Senang sebab dah siap..
Tinggal guna je..



Aku,ibu, mak yos sempat bacakan Yasin dekat kubur nenek..
Walaupun sakit tekak,kuat jugak suara aku baca..
Takpela, aku niat bacakan untuk semua umat Islam pun..
Tak sia2 nenek ajar aku mengaji sampai khatam umur 5 tahun... ;)


Lepas habis baca,kitorang tuangla bunga rampai tu dengan air..
Berseri kubur nenek..
Tak adalah wujud pembaziran pun buat bunga tu..
Janji bukan macam kubur dekat Singapore..
Mewah dah macam rumah,siap ade colok bagi wangi..
Setakat bunga rampai cukupla kan..


Yang ni kubur menantu nenek,datuk saudara aku..
Kitorang tolong bersihkan jugak..
Selang berapa je dari kubur nenek..


Yang ni kitorang jumpa masa round cari kubur..
Tak tahu apa motif letak sign ni..



Lastly muka tukang hupload..
Muka pagi buta,tanpa bedak atau mekap..
Sekali tengok,macam muka adik lelaki aku versi pakai tudung..huhuh

Anyway, selamat berpuasa ye...

Sunday, July 17, 2011

KeiNdaHan CiPtAaN aLLaH di BuLan SyaAbaN~~

Alhamdulillah..semalam telah berlalunya Nisfu Syaaban.. Ramai yang berpuasa sunat hari ni..
Tapi malangnya aku tak dapat berbuat demikian... (paham2 jela) sob..sob..
Tak dapat baca surah yaasin 3kali tapi dapat dengar bacaan dari youtube je.. :'(


Ok, sekarang kita nak cerita pasal keindahan awan..
Salah satu ciptaan Allah yang sangat menarik perhatian aku..
Setiap hari bila balik kerja, kalau cuaca terang lagi, mesti aku duk teliti awan..
Kalau ada yang menarik hati, mesti aku snap..
Tak kiralah hp cap ayam ke ape yang ade masa tu..
Janji aku boleh snap..
Banyak jugak koleksi gambar awan yang aku snap.. nanti lain kali aku share ok..

Beberapa hari lepas tengah leka tengok awan, aku terpandang setompok awan (eh, betul ke penjodoh bilangan ni..haha) yang macam lain..
Lama aku perhatikan sambil jalan..
Lepas tu aku baru perasan di sebalik awan tu ade macam kalimah Allah..
SUBHANALLAH!! memang jelas..
Yang paling jelas huruf Ha..
Kalimah Alif Lam Lam Ha tu warna dia gelap sikit dari awan keliling dia..
Haish, tak taula nak describe macam mana..
Memang excited sangatla..
Tapi yang tak bestnya ke tiga3 henpon aku tarak bateri..
Sob..sob..memang tak dapat capturela..
Syukur diberikan peluang melihat kebesaran alam ciptaan Tuhan depan mata..
Beberapa minit lepas tu awan tu dah tak ada..

Semalam petang pulak 16 Julai 2011..aku dapat snap gambar ni..
Gambar diambil beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib, malam nisfu Syaaban..
Memang cantik sangat awan masa tu!!
Hari ni pun aku tengok banyak kameraman yang guna kamera mahal2 tu post gambar awan yang lebih kurang macam yang aku ambil ni dekat facebook..

Gambar diambil menggunakan Sony Ericsson Xperia mini10..
Mentah2 dari kamera ok.. Takde edit2..huhuh
Lokasi : Parit Raja
Inilah matahari terakhir terbenam sebelum tertutupnya buku amalan kita semua semalam.. 
alhamdulillah..
(menurut kalendar Islam kan permulaan hari bermula selepas Maghrib.. ;-))

Gambar seterusnya baru aku snap petang tadi..
Dah pukul 7 pun tapi hari masih terang..
Syukran ya Allah kerana telah mengurniakan alam yang indah ini..


Gambar diambil dari dalam bas..
Sorry ada ternampak wayar elektrik..huhuh
 


awan berkepul2 macam kapas.. ;-)



Awan tersusun dari lebar..paling hujung jadi kuncup..
Eh, paham tak apa aku maksudkan ni..hahaha


Subhanallah..
Maha suci Allah yang telah menciptakan sekelian alam.. =D

Wednesday, June 29, 2011

LaLaLa....BaWaK aNaK pErGi KeRjA...



Ahad lepas, macam biasa aku kena pergi kerja.. Tak ada masa nak menikmati hujung minggu.. Karna cutiku tidak menentu.. huhu... Seperti rutin harian, my lovely Incik Yazid yang akan hantar pergi kerja..

Hari tu dia bawak anak buah kesayangan dia sekali.. Terkejut jugak aku budak kecik tu nak ikut..1st time..huhuh.. Budak kecik tu anak kakak my sayang.. Dia duduk dekat2 je dengan rumah aku..Tapi jarang dapat jumpa.. Hari minggu kadang2 dia balik kampung, rumah family my sayang..

Oh,lupa pulak.. Nama dia Nurin Imanina.. yang belakang nama ketiga dia aku lupa dah...Huhu.. Nama samaran dia Nurin, Iman, Bibi (Baby dlm bahasa cina).. My incik sayang pangiil dia Uyen ke Olin kot..Macam2 nama..huhuh

Aku suka bila dengar dia bercakap.. Comel je..Hahaha...
Bila aku dah masuk dalam kereta..
Aku tanyalah: Iman nak pergi mana... 
Dia jawab : Jalan2la...
hoho... comel2...

Sepanjang jalan dia duduk belakang, tak mau duduk depan.. 
Almaklumlah dah lama tak jumpa aku.. Malu2 kucing.. 
Sepanjang perjalanan jugakla my sayang for the 1st time bawak slow... 
Dah kena sound dengan aku, bawak budak kecik tu jangan nak laju2, 
kang brek emergncy terlambung ke depan kang..
Hahah.. Jahat aku ni marah laki..

Bila nak sampai dekat stesen minyak Mobil dekat area Batu Pahat, 
aku suruh my sayang berhenti singgah, beli roti bagi budak kecik ni...
Mana tak nya pagi2 bangun tidur,
dengan tak mandi terus dia ikut.. Mesti lapar kan.. 
Aku ajak budak kecik tu sekali turun pergi beli makanan.. 
Lama jugak pujuk.. Dia tak mau.. Lama2 baru nak turun.. 
My sayang cakap jangan dia mintak nak beli macam2 sudah..hehe.. 
(tak kisahla budak tu nak beli ape pun sebab duit my sayang yang bagi..hahaha)

Bila dah masuk,aku beli roti gardenia krim Vanila & Jagung 12 bijik.. 
My sayang pesan suruh beli banyak2, nak bawak balik rumah..
Sekali dah naik harga jadi 70sen daa... 
Aku bagi budak kecik tu 2 biji suruh bawak g kaunter, aku bawak 10..


Time nak bayar, dia asyik tengok keliling je..Tapi tak pulak berani nak mintak apa2 dari aku.. Hahahaha.. Garang sangat ke aku ni.. Aku tunjuk la gula2 kat dia.. Iman nak tak?? Dia cuma angguk2 kepala dengan gaya comelnya..hahah..

Bila dah naik kereta, bukan roti yang jadi benda pertama dia nak.. 
Dia nak bedal gula2 dulu.. Habis sebijik, sebijik lg dia nak..
Aku baru je nak tanya sedap x gula2 tu..
Dia cuma tunjukkan lidah dia menandakan dah habis kena telan pun!!! 
Cepat gila dia makan...  
KRUPPP KRAPPP KRUUPP dia kunyah gula2 tu.. 
Adess.. Ni kalau tunjuk semua memang habis.. Tapi memang tak dapat nak sorok pon.. 
Habis satu paket gula2 tu dalam tempoh masa yang singkat iaitu dari Mobil pergi opis aku..

Bila dah sampai opis,masa masih panjang, so macam biasa aku duduk dulu dalam kereta..
Snapla pic budak kecik neh.. Bukan main menyorok dia..Huhuh





malu eh???



dari kerana mata~~~



mata anak Jopun..huhuhu



lari menyorok!!



merenung masa depan..





muka tension aku asyik ambik pic dia..hehe



tolong.. nak balik!! hehehe


Pastu bila masa dah time,aku pun gerak keluar dari kereta..
Aku suruh budak kecik ni cium pipi aku..
Lepas salam dia cium..
Walaweh..feeling2 macam ada bawak anak pergi kerja..
Hahahah...
Sabar2 Nadia oi.... Tunggula nanti ye...


Tuesday, June 28, 2011

TeLiNgA MeRah!!!!


Pernah tengok orang yang telinga dia akan jadi merah bila dia dalam sesuatu keadaan yang mempengaruhi emosi?? HAHAHA...
Bukanlah merah yang macam keluar asap dari telinga..yang tu melampau..Heheh..

Dulu masa kat UiTM lecturer ada cerita jugak pasal telinga merah ni..
Husband dia dulu konduktor muzik kalau tak silap..
Bila je dengar muzik yang sumbang, telinga dia sensitif jadi MERAH sangat!!

Pelik kan???


Sekarang ni dekat office aku ada seorang Chinese pun macam tu jugak..
Nak kata budak tak budak..Sebaya je dengan aku..
Dah namanya Cina memangla putih kan..
Kalau panas ke apa memang merah kulit, muka, hidung..

Mula-mula aku perasan telinga dia merah masa ade customer datang ramai2..
Semua perempuan muda-muda belaka..
Dia sorang yang entertain customer tu..
Mungkin dia malu kot...
Habis merah gila telinga dia..
Nak gelak guling2 aku tengok..huhuh

Semalam jadi lagi sekali.. Ketara betul nampak sebab aku duduk sebelah dia..huhuh
Semalam ada problem nak isu tiket airasia 10 orang..
Maybe dia dah takut sangat masa tu..
Merah betul telinganya..
Cuba tengok kat pic ni..



Yang peliknya telinga sebelah kanan je pulak tu..huhu
Kalau tak nampak lagi cuba tengok pic lagi satu ni...





MERAH kan??
Dalam pic tak nampak sangat..
Tapi dekat depan2 memang merah sangat..
Macam kena bakar...
hehehe....

Ada siapa-siapa yang kena mcam ni jugak tak????

Monday, June 27, 2011

PoKoK MaNgGa








Nampak buah mangga kat pokok ni memang tak ada kecur liur punya.. Tapi bila dah kupas, memang cepat je melantak kan..Mesti kes malas nak pegang pisau kupas kan..huhuh..


Hari ni nak cerita pasal Pokok Mangga.. bukan POKOK MANGGA yang ada dekat Melaka tu (nama tempat).. Tapi pasal sebatang pohon mangga...


Beberapa hari lepas masa aku balik kerja, aku ternampak segerombolan warga asing (Benggala...lalalala) dudu berkerumun kat tengah jalan.. ada yang naik basikal yang merupakan pengangkutan  kedua utama mereka di negara ini selain bas.. Bas untuk perjalanan jauh la kan..






Masa tu dekat nak maghrib..Aku dah agak risau nak lalu sebab diorang ramai.. Walaupun banyak rumah dekat situ, tapi Magrib2 mana ada orang keluar kan...


Nak dijadikan cerita, aku nampak ada 2 orang lagi mamat tu berdiri agak jauh sikit dari segerombolan tu.. Almaklumlah, aku ni rabun, tak nampakla apa yang diorang buat dari jauh..


Sekali tiba2 aku nampak flash kamera.. SAH!! Diorang ni tgh posing baik punyer depan pokok mangga tu..
Gaya diorang bergambar tu, mengalahkan bergambar dengan artis tau!!!
Lepas je member diorang tusnap gambar, si polan ni pun pergi la tengok hasil tangkapan dekat kamera henpon tu... Sekali hasil tak memberangsangkan agaknya, dia buat gaya frust siap hentak kaki wooo....



 muka frust..hhohohohoh

Aku pun tak tau apa lah uniknya pokok tu??? Ada siapa2 ada jawapan?? Hohoho..


 Kat tempat diorang tak ada pokok la agaknya kan??



Lokasi kejadian... ;p