jOm kiTa tEngOk iKLan Ni!!

Friday, November 26, 2010

Hari Ini Hari Jumaat..

Hari ni merupakan hari Jumaat terakhir aku kat Kota KL nih.. Alhamdulillah..pasni aku da menetap kembali bersama ibu bapa n keluarga tercinta.. Dekat gak dengan hubby tercinta..hahaha... 

Pagi tadi cuma breakfast roti high5 n soya kacang merah je.. Huhu.. di penghujung bulan ni kena save sikit.. Lagipun pasni aku tak kerja dah.. haha.. Padahal aku punya perut memang xboleh makan banyak.. 


 
Hari ni jugak opismate aku start cuti kahwin.. insya allah ahad ni aku akan dtg ke majlis tempat perempuan dekat Dewan Majlis Perbandaran Seremban.. 

Kalau ikutkan hati aku memang dah tak nak dah buat semua kerja2 ni.. Tapi nak buat macam mana.. Dah aku tinggal sorang.. Layankan jela kan.. Lagi2 hari ni hari Jumaat.. Sampai ke petang confirm orang tak berhenti mintak tiket.. Sekali hambik byk gla!! Meja pon dah tak terurus.. Lantakla.. Janji kerja aku siap.. Customer pon xkomplen kat aku..

 
 lambakan travel form....

malas nak kemas boleh x??


Sepatutnya aku last day kt opis sok.. Tapi kena plak ajar staf yang nk ganti opismtae aku yg cuti tu.. So, extendla sampai 30hb.. HQ suruh jugak extend lagi.. Sampai tengah bulan 12.. Harap maafla ye.. permintaan anda tidak akan dilayan.. Saya sudah mengatur pelbagai program yang menanti di sana..

Ok, balik pada cite hari ini.. Ada dua perasaan melanda.. 

1st cite yg bengang dulu k.. Ade la pakcik Korean ni sgt sengal nak mintak tukar tiket dia.. Pastu nak cancel pulak.. Manyak cantik.. Ko ingt ko beli bisnes kelas ko da bagus sgt.. Nak cancel la sebab dia kata boleh dapat tempat lain lagi murah!! Dahtu kenapa dari awal2 tak beli je kat tempat lain tu.. Hangin satu badan je.. Dahtu sibuk kata harga yang dah reissue tu lagi murah.. Padahal harga yang sama, tak ada caj apa2.. itu pon kecoh!! Wat spoil mood gembira aku yang menghitung hari ni je..

2nd.. aku dapat souvenir dari customer.. Dia baru balik dari vietnam..
Dengan tak malunye aku, before dia fly aku dah pesan nak souvenir.. Hahaha... Meh tengok..

 Walaupun aku tak suka sangat coklat, benda free depan mata ambik jela!! Hahaha..

 
Fridge magnet ni memang tersangat comel!! Mereka berdua ni pakai pakaian tradisional Vietnam rasanya..




Thanks a lot Kak Lila kerana menceriakan hariku!! 
Pasni jangan lupa bagi lagi..Hehehe...

Tuesday, November 23, 2010

Free Ice Tea


 hari sabtu haritu aku pelik nape ramai sgt org minum air tin kt main entrance ampang point.. tin bersepah2..
pastu twngok ramai pakai baju biru.. logo F&N seasons.. baru ku tau ade bg air free.. 


teringat aku dlu time klas BEL kt uitm, lecturer pernah tanya, siapa tau air tin jenama SEASONS tu anak syarikat siapa.. Aku jawabla F&N.. Dia kata bagus, aku peka nk baca n belek belakang tin tu..hahaha.. kebetulan..


balik pada cerita td, aku pun pura 2 la menunggu bas kt tmpat redup walaupun mmg tgh tggu bas...haha..
that time masih belum tau ape motif bagi air free tu.. bila da dpt air nye baru tau.. dlu biasanya SEASONS ICE LEMON TEA kn.. sekarang dah ada flavor baru.. ade 5 xsilap aku.. tapi aku cuma tau dua, sbb air tu je aku dapat.. 
*yang lain xsempat tengok poster..haha

 


 air tin pertama aku dapat time tercongok depan ampang point.. TEH AIS PIC..
time sejuk sedap..da xsejuk blueekk...

before naik bas aku mintak lagi satu kt promoter.. sebab aku tengok ade perisa lain..haha


 
 van & iklan new flavor seasons... cantik kaler biru!!!
 bila dah naik atas bas driver panggil dorg suh bagi naik atas bas..haha..


 aku dapatla lagi satu tin..hehehe.. total jadi 3 la...

lagi 2 tin tu aku dapat air nih TEH EPAL AIS... xminum lagi..

 suka betul aku tengok van dia.. colourful..huhuh...

 ni lori air yang bertin2 banyak tu..hahaha


hopefully pasni watla lagi ye..tapi wat kat batu pahat lak tau..leh aku serbu..hehe

Saturday, November 20, 2010

Puding for everyone... ;-)


 Aku tak tau la nama menu ni apa sebenarnya.. Ada kata cocktail, puding buah la, puding kuah la.. Xpela.. janji fevretku... Cuma tak boleh makan selalu la.. Mau kena kencing manis nanti..haha

Actually lama dah aku beli Tepung Custard ngn susu cair ni.. Lama dah nak buat.. Tapi xsempat2.. So, sempena minggu terakhir aku kat sini, aku pun buatla puding kuah ni.. Padahal bukan pandai sangat buat pun.. Nak belanja lain tak mampu.. Hehehe...
Thanks to Mak Yos atas menu yang diperturunkan pada aku..hehehe

Mari kita layan Resepi Puding ni.. 
*Tapi bab sukatan aku xmahir la ye..hahaha..


 1. BAHAN UNTUK PUDING
  •  Tepung Bird Custard
Actually guna tepung jagung pon boleh.. Pastu kena letak pewarna.. tepung Bird Custard ni mahal.. Tak berbaloi.. Huhu... Tepung ni mahal sebab dia dah de pwangi n kaler kuning tu...

  • Gula
Tak payah banyak pon takpe.. Sebab yang penting kuah dia. Hehehe

Cara2 dia:
Mengikut kata makcik aku, anggaran dia kalau satu tepung = 7 air..
Aku guna mangkuk, tepung satu mangkuk = air 7 mangkuk..
Campurkan air tu.. Pastu masak sampai tanak..
Mula2 nampak macam cair.. Lama2 dia akan jadi likat & pekat..

pastu bila da betul2 masak, tuang dalam bekas bersesuaian..
Kalau nk cedok pakai sudu je time makan, air kene lebih..
Kalau nk keras, air kurangkan.. Then potong2 ikut suka..
Hehe..


2. BAHAN UNTUK KUAH

  • Susu Cair (xkira la apa jenama)
Aku pilih ni sebab paling murah..hehe


  • Gula
Letak ikut suka.. Kalau yang suka manis leh letak lebihla...

  • Telur

 Cara2 Buat:
Kisar telur, susu cair & tepung jagung.. Ni bagi benda ni sbeati la.. Jadi masa masak nanti tak berketul2..
Pastu masukkan dalam periuk, & tambahkan air.. Itu pun ikut suka.. Kalau nk banyak tambahla banyak..Heheh.. Asyik ikut suka je kan..


 3. BAHAN UNTUK HIASAN
Leh ikut suka jugak nak letak buah ape.. Ikut kemampuan.. hehe

 Anggur


 Epal

 Pear

 
Nata de Coco
Bila da siap sume masukkan dalam mangkuk
Potong2 ikut suka

 
masukkan buah2 hiasan tadi

 tuang kuah...


 Tarraaaa.. Da siap..

 da macam nak meniaga dah aku ni..hahaha

SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, November 10, 2010

Persahabatan yang takkan putus..


Kagum!!!

Itulah perkataan yang boleh aku gambarkan mengenai persahabatan kami semua.. 
Terutamanya pelajar2 ex 1RK, 2RK, 3RK, 4ST1 & 5ST2 (2001-2005)..
Senang je nk ingt tahun kn..

Sejak dari tahun bila aku xingat..
Tapi yang pasti tiap2 tahun ktorg xpnah miss wat baraan raya..
Tak kira la jumlah yang hadir ramai atau sikit..

Walaupun ada yang cuma pnah sekelas cuma setahun, tap masih x ketinggalan..
Masih nak berkumpul bersama2..
Macam yang korang penah baca masa buka puasa aritu..
Ktorg kumpul sama2..
Tapi aku naik keje awal..
Xdapat pon nak join baraan tahun ni tuk pertama kalinya...

Baru2 ni dikejutkan dengan berita salah sorang classmate kami kemalangan..
Shuib Kardi nama dia..
mmg sgt terkejut..
Yela, walaupun cuma 3tahun sekelas, ktorg masih keep in touch..
Selama 5 tahun persahabatan kami semua, belum pernah terjadi perkara ni..
Takdir Allah...
Tak ada siapa yang mampu menghalang..

Tujuan dia dan rakan2nya seramai 9 org ke Pulau Pangkor pada asalnya untuk release tension tuk exam..
Telah berakhir dengan tragedi..
Mengikut ceritanya kenderaan dinaiki iaitu van gagal dikawal ketika menuruni bukit..
Lalu melanggar tembok di tepi jalan..
Begitulah yang diceritakan oleh mak Shuib..
Kalau nak tanya Shuib mmg dia xkan cerita la..
Mari ikuti apa yang kami dapati semasa melawat beli di HKL.. 

6hb Nov 2010
Aku n Liana gerak dari Ampang.. Nasib baikla ada bantuan GPS.. Hari pulak hujan, asyik hilang je signal dia.. Alhamdulillah kami selamat sampai... Bila da sampai pening cari tempat parking kerete..Punyela besar hospital tu rupanya.. Kat situ la kami berjumpa degan Hisham Mahdoon a.k.a , Taufiq, Zuha & Aida.. Kemudian kami cari wad neurologi.. Dahla HKL tu besar.. Entah kat mana tempatnya.. 
Mujur tempat parkir tu dekat dengan wad yang dituju.. 
Wad neurologi = kaji saraf.. Baru kutahu.. 
Sampai kat sana, Chike terus menerpa ke arah Shuib.. Yela, meraka rapat.. Chike usap bahu Shuib, usap tangan dia, kaki dia.. Sebak gak menahan air mata melihat keadaan rakan seperti itu.. Dia bukak mata pon skejap2 je.. Cakap pon antara dengar dgn tak.. Mungkin nasib kami tak bernasib baik haritu.. Mak dia beritahu dia ada pendarahan dalam otak.. Plus tengkuk patah.. Mungkin akibat terhentak masa kejadian.. Mak dia xcerita depan dia pon.. Tak mau dia dengar..
Lebih kurang setengah jam je kami sempat jumpa dia.. Pembantu perubatan HKL minta kami keluar dan masuk semula jam3 petang sbb mereka nak buat kerja pembersihan... Belum puas nak tahu keadaan Shuib.. Tapi terpaksa akur..
7hb Nov 2010
Hari ni kami pergi lagi.. Tapi kali ni menaiki kereta Avanza Halim yang ditemani si buah hatinya Marcella dan Nazura.. Sekali lagi menggunakan bantuan GPS.. Mujurlah dah reti nk guna menatang tu semalam..tapi hujan lagi..Signal kurang elok.. Kami ambil Zulhelmi & Atikah Razali di Masjid Jamek.. 

Hatiku berdoa supaya hari ni Shuib lebih elok dari semalam.. Masa kami sampai, ade seorang wanita kat situ.. Dia lecturer Shuib yang datang dari USM.. Menurut  kata mak dia, alhamdulillah hari2 ada saja orang yang akan datang melawat..

Sewaktu mula-mula sampai agak kecewa jugak.. Keadaan dia masih macam semalam.. Tidur... Pejam mata.. Mungkin dia penat, sakit kepala agaknya.. Tapi kami masih setia tunggu dia bukak mata.. Dia cuma angguk2 bila dengar adik dia yang jaga masa tu beritahu ada kawan dia datang.. Mak dia tak ada.. Kalau mak dia ada mesti mak dia kejut suruh dia bangun...

Sangkaan aku betul.. Bila mak dia sampai lepas makan, mak dia kejut dia.. Mula2 dia macam tak nak bangun.. Bila mak di berulang kali suruh dia bukak mata, kawan2 datang dari jauh sampai, barula dia bukak mata besar2.. 
Alhamdulillah.. Dengan penuh lemah dia bertanya soalan kepada Halim dan Zulhilmi.. Mereka berdua berdiri di sisi Shuib sambil genggam tangan dia sebagai pemberi semangat.. 

time shuib da start leh bcakap, si zul leh wat lawak pasal kahwin.. Sorg2 Shuib tanya bila nk kahwin...
Trip kedua sampai sejam lbih lepas kitorg smpai... Mereka terdiri daripada Zulfadhli, Radhiyah n Faizah..

 yang xbest Shuib asyik mengamuk nak bukak pendakap leher dia.. entah betul ke x nama benda tu..huuhu..
mak dia la orang paling setia kat sebelah dia.. bagi dia minum 100plus.. sampai tenaga dia kuat melawan nak bukak benda kt leher tu.. 

tengokla benda kt leher dia dah terbukak.. risau ktorg tengok...
mmgla rimas.. tp bnda tu tkeselamatan dia kan.. 

Paling kami bersyukur, Shuib cepat dihantar ke HKL.. Menurut kata mak dia, semsa dia kat Hospital Ipoh,  dia xdipasang pon dengan benda kt leher tu.. Kalau lambat n dibiarkan, kemungkinan besar dia boleh lumpuh!! Alhamdulillah dia masih boleh diubati...
 
sebelum pulang, Atikah meninggalkan pesan kepada mak Shuib.. Yela, bakal doktor tu..huhuhu..
Tup2 pas ktorg kate nak balik setelah berjam2 kat situ, dia mengamuk nk bukak lagi benda tu.. Haih, last2 Atikah Kosnon yang baru dtg, Liana n Nazura terpaksa pegang tangan dia.. patutla kt wall Shuib kwan dia ade kata pasal dia kena ikat tangan tu... kalau ikut kata Atikah Razali disebabkan sakit dia effect kt kepala, kemungkinan untuk berlaku changes behavior tinggi.. Masa mula2 datang ada jugak dia suruh semua hulur tangan pastu cantum tangan dua2.. Tak paham kitorang ..

Inilah antara mereka yang hadir.. walaupun xsemua, diharap dapat memberi semangat kepada Shuib...


Okla... Kita lupakan sekejap kisah sedih tadi.. Aku pun da tak tau nak type apa.. Banyak sangat nak diceritakan pasal Shuib ni..



Ni benda yang aku paling tak boleh lupa kat HKL.. Ada Level -1 & Level 0.. 
Tak pernah aku jumpa seumur hidup..
Selalunya Ground ataupun LG kn..huhu 


Lepas balik singgah makan & solat kat Tesco Ampang.. Kaki ku dah mula wat hal..
badan besar kaki kecik memangla tak tahan diri lama2 kan..


pasangan seterusnya yang bakal bersanding sikit hari lagi..hahaha
HALIM & MARCELLA 

menu petang tu.. Tauhu Bakar yang mahal dan tak power langsung!!


Lastly pic  wif my kembar... hehe..

SEMOGA SHUIB CEPAT SEMBUH & TENGOK KAMI SEMUA KAHWIN YE!!!


* gambar kebanyakan diambil secara kandid.. so harap maaf kepada sape2 yang ter'capture' ;-)