jOm kiTa tEngOk iKLan Ni!!

Monday, June 27, 2011

PoKoK MaNgGa








Nampak buah mangga kat pokok ni memang tak ada kecur liur punya.. Tapi bila dah kupas, memang cepat je melantak kan..Mesti kes malas nak pegang pisau kupas kan..huhuh..


Hari ni nak cerita pasal Pokok Mangga.. bukan POKOK MANGGA yang ada dekat Melaka tu (nama tempat).. Tapi pasal sebatang pohon mangga...


Beberapa hari lepas masa aku balik kerja, aku ternampak segerombolan warga asing (Benggala...lalalala) dudu berkerumun kat tengah jalan.. ada yang naik basikal yang merupakan pengangkutan  kedua utama mereka di negara ini selain bas.. Bas untuk perjalanan jauh la kan..






Masa tu dekat nak maghrib..Aku dah agak risau nak lalu sebab diorang ramai.. Walaupun banyak rumah dekat situ, tapi Magrib2 mana ada orang keluar kan...


Nak dijadikan cerita, aku nampak ada 2 orang lagi mamat tu berdiri agak jauh sikit dari segerombolan tu.. Almaklumlah, aku ni rabun, tak nampakla apa yang diorang buat dari jauh..


Sekali tiba2 aku nampak flash kamera.. SAH!! Diorang ni tgh posing baik punyer depan pokok mangga tu..
Gaya diorang bergambar tu, mengalahkan bergambar dengan artis tau!!!
Lepas je member diorang tusnap gambar, si polan ni pun pergi la tengok hasil tangkapan dekat kamera henpon tu... Sekali hasil tak memberangsangkan agaknya, dia buat gaya frust siap hentak kaki wooo....



 muka frust..hhohohohoh

Aku pun tak tau apa lah uniknya pokok tu??? Ada siapa2 ada jawapan?? Hohoho..


 Kat tempat diorang tak ada pokok la agaknya kan??



Lokasi kejadian... ;p

No comments: