Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

jOm kiTa tEngOk iKLan Ni!!

Sunday, September 26, 2010

SyAwaL yAnG sUnYi..

Al-Fatihah..

Hari Jumaat lepas, datuk sedara ku telah pulang ke rahmatullah.. beliau adalah merupakan suami kepada kakak sulung arwah atukku.. Nama beliau Haji Kasnawi.. Arwah merupakan antara orang yang disegani di kampung Parit Sagil, Ayer Hitam kerana ilmu agamanya.. Pulangnya ke pangkuan yang Esa juga di hari yang mulia, iaitu hari Jumaat, di bulan yang mulia: Syawal.. Arwah isterinya juga pulang ke rahmatullah pada bulan mulia iaitu Ramadhan..
semakin lama semakin ramai yang telah pergi..terutamanya golongan warga tua.. tanpa mereka, kita tiada di muka bumi ini..

Bagi sebelah family ibuku, mereka yang tua hanya tinggal seorang lagi kakak kepada arwah atukku dan juga isteri kedua atukku.. yang lain semuanya telah tiada.. Ku harapkan Allah panjangkan usia mereka, kerana jika mereka jua pergi, maka hilanglah seri pagi Aidilfitri.. Tiada lagi orang tua yang akan kami ziarahi.. tinggallah golongan muda.. Kemeriahan hari raya bagi golongan yang muda, kurang serinya tanpa mereka yang tua..

Penghujung Syawal tahun lalu, arwah emak kepada ayahku telah meninggalkan kami.. maka Syawal kali ini genaplah setahun pemergiannya.. Walaupun aku xberapa rapat dengan ayahku, hatiku cukup tersentuh tatkala pemergian nenekku, di mana ayahku begitu berat meninggalkan pusara ibunya.. Kami semua ramai menyaksikan saat2 terakhir sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya.. Paling menyayat hati, pabila sepupuku, yang tinggal bersama arwah sejak dia lahir lagi, meraung memanggil nenekku..

Pagi raya, selalunya rumah arwah nenek, yang ku panggil 'mak' akan diziarahi terlebih dahulu..
sepanjang masa, rumahnya dilawati anak, cucu serta cicitnya yang hanya tinggal di daerah yang sama.. Beliaulah orang yang paling sibuk melayan tetamu yang datang,..dengan celotehnya yang tak pernah berhenti.. walaupun telah dinasihati supaya duduk berehat sahaja, dia masih lagi mahu menyediakan juadah untuk tetamu yang datang.. Kami pun tidak sampai hati untuk menolak.. Namun raya kali ini rumahnya sungguh sepi.. pakcik & sepupu yang tinggal di rumahnya, hanya tidur sahaja di hari raya.. Tiada lagi ketupat, lodeh, sambal goreng masakan mak.. Tiada lagi tetamu yang hadir sehingga penuh ruang rumah.. segalanya sepi..

Aku rindu 'mak'..

Al-Fatihah untuk datuk, nenek & moyangku:
Mohamad bin Imit
Rogayah bt Haji Maslan
Kamiaton bt Salleh
Ibrahim
Achil bt Hassan

*tatkala entri ini ditulis, airmata ku xdapat dibendung lagi.. :'(

4 comments:

Unknown said...

sedih la teringat arwah atuk. selalu raya rumah atuk penuh. skrg dh sunyi. ni la kehidupan. yg hidup lawannya mati

i.S.m.A~n.A.d.i.A said...

tula kak.. mmg sedih.. slalu de gak umh yg mmg wajib kita g pg2 raye..dh xsonok dh...

Unknown said...

Assalamualaikum maaf bertanya.
Siapa nama sebenar arwah yg btl ...
Maaf bertanya krn nama arwah hj kasnawi tu sama mcm nama arwah atok sy iaitu hj kasnawi bin hj sarbani. Sekiranya sy tersilap maafkan sy. Al fatihah utk arwah hj kasnawi ...

Unknown said...

Assalamualaikum maaf bertanya.
Siapa nama sebenar arwah yg btl ...
Maaf bertanya krn nama arwah hj kasnawi tu sama mcm nama arwah atok sy iaitu hj kasnawi bin hj sarbani. Sekiranya sy tersilap maafkan sy. Al fatihah utk arwah hj kasnawi ...