jOm kiTa tEngOk iKLan Ni!!

Wednesday, November 10, 2010

Persahabatan yang takkan putus..


Kagum!!!

Itulah perkataan yang boleh aku gambarkan mengenai persahabatan kami semua.. 
Terutamanya pelajar2 ex 1RK, 2RK, 3RK, 4ST1 & 5ST2 (2001-2005)..
Senang je nk ingt tahun kn..

Sejak dari tahun bila aku xingat..
Tapi yang pasti tiap2 tahun ktorg xpnah miss wat baraan raya..
Tak kira la jumlah yang hadir ramai atau sikit..

Walaupun ada yang cuma pnah sekelas cuma setahun, tap masih x ketinggalan..
Masih nak berkumpul bersama2..
Macam yang korang penah baca masa buka puasa aritu..
Ktorg kumpul sama2..
Tapi aku naik keje awal..
Xdapat pon nak join baraan tahun ni tuk pertama kalinya...

Baru2 ni dikejutkan dengan berita salah sorang classmate kami kemalangan..
Shuib Kardi nama dia..
mmg sgt terkejut..
Yela, walaupun cuma 3tahun sekelas, ktorg masih keep in touch..
Selama 5 tahun persahabatan kami semua, belum pernah terjadi perkara ni..
Takdir Allah...
Tak ada siapa yang mampu menghalang..

Tujuan dia dan rakan2nya seramai 9 org ke Pulau Pangkor pada asalnya untuk release tension tuk exam..
Telah berakhir dengan tragedi..
Mengikut ceritanya kenderaan dinaiki iaitu van gagal dikawal ketika menuruni bukit..
Lalu melanggar tembok di tepi jalan..
Begitulah yang diceritakan oleh mak Shuib..
Kalau nak tanya Shuib mmg dia xkan cerita la..
Mari ikuti apa yang kami dapati semasa melawat beli di HKL.. 

6hb Nov 2010
Aku n Liana gerak dari Ampang.. Nasib baikla ada bantuan GPS.. Hari pulak hujan, asyik hilang je signal dia.. Alhamdulillah kami selamat sampai... Bila da sampai pening cari tempat parking kerete..Punyela besar hospital tu rupanya.. Kat situ la kami berjumpa degan Hisham Mahdoon a.k.a , Taufiq, Zuha & Aida.. Kemudian kami cari wad neurologi.. Dahla HKL tu besar.. Entah kat mana tempatnya.. 
Mujur tempat parkir tu dekat dengan wad yang dituju.. 
Wad neurologi = kaji saraf.. Baru kutahu.. 
Sampai kat sana, Chike terus menerpa ke arah Shuib.. Yela, meraka rapat.. Chike usap bahu Shuib, usap tangan dia, kaki dia.. Sebak gak menahan air mata melihat keadaan rakan seperti itu.. Dia bukak mata pon skejap2 je.. Cakap pon antara dengar dgn tak.. Mungkin nasib kami tak bernasib baik haritu.. Mak dia beritahu dia ada pendarahan dalam otak.. Plus tengkuk patah.. Mungkin akibat terhentak masa kejadian.. Mak dia xcerita depan dia pon.. Tak mau dia dengar..
Lebih kurang setengah jam je kami sempat jumpa dia.. Pembantu perubatan HKL minta kami keluar dan masuk semula jam3 petang sbb mereka nak buat kerja pembersihan... Belum puas nak tahu keadaan Shuib.. Tapi terpaksa akur..
7hb Nov 2010
Hari ni kami pergi lagi.. Tapi kali ni menaiki kereta Avanza Halim yang ditemani si buah hatinya Marcella dan Nazura.. Sekali lagi menggunakan bantuan GPS.. Mujurlah dah reti nk guna menatang tu semalam..tapi hujan lagi..Signal kurang elok.. Kami ambil Zulhelmi & Atikah Razali di Masjid Jamek.. 

Hatiku berdoa supaya hari ni Shuib lebih elok dari semalam.. Masa kami sampai, ade seorang wanita kat situ.. Dia lecturer Shuib yang datang dari USM.. Menurut  kata mak dia, alhamdulillah hari2 ada saja orang yang akan datang melawat..

Sewaktu mula-mula sampai agak kecewa jugak.. Keadaan dia masih macam semalam.. Tidur... Pejam mata.. Mungkin dia penat, sakit kepala agaknya.. Tapi kami masih setia tunggu dia bukak mata.. Dia cuma angguk2 bila dengar adik dia yang jaga masa tu beritahu ada kawan dia datang.. Mak dia tak ada.. Kalau mak dia ada mesti mak dia kejut suruh dia bangun...

Sangkaan aku betul.. Bila mak dia sampai lepas makan, mak dia kejut dia.. Mula2 dia macam tak nak bangun.. Bila mak di berulang kali suruh dia bukak mata, kawan2 datang dari jauh sampai, barula dia bukak mata besar2.. 
Alhamdulillah.. Dengan penuh lemah dia bertanya soalan kepada Halim dan Zulhilmi.. Mereka berdua berdiri di sisi Shuib sambil genggam tangan dia sebagai pemberi semangat.. 

time shuib da start leh bcakap, si zul leh wat lawak pasal kahwin.. Sorg2 Shuib tanya bila nk kahwin...
Trip kedua sampai sejam lbih lepas kitorg smpai... Mereka terdiri daripada Zulfadhli, Radhiyah n Faizah..

 yang xbest Shuib asyik mengamuk nak bukak pendakap leher dia.. entah betul ke x nama benda tu..huuhu..
mak dia la orang paling setia kat sebelah dia.. bagi dia minum 100plus.. sampai tenaga dia kuat melawan nak bukak benda kt leher tu.. 

tengokla benda kt leher dia dah terbukak.. risau ktorg tengok...
mmgla rimas.. tp bnda tu tkeselamatan dia kan.. 

Paling kami bersyukur, Shuib cepat dihantar ke HKL.. Menurut kata mak dia, semsa dia kat Hospital Ipoh,  dia xdipasang pon dengan benda kt leher tu.. Kalau lambat n dibiarkan, kemungkinan besar dia boleh lumpuh!! Alhamdulillah dia masih boleh diubati...
 
sebelum pulang, Atikah meninggalkan pesan kepada mak Shuib.. Yela, bakal doktor tu..huhuhu..
Tup2 pas ktorg kate nak balik setelah berjam2 kat situ, dia mengamuk nk bukak lagi benda tu.. Haih, last2 Atikah Kosnon yang baru dtg, Liana n Nazura terpaksa pegang tangan dia.. patutla kt wall Shuib kwan dia ade kata pasal dia kena ikat tangan tu... kalau ikut kata Atikah Razali disebabkan sakit dia effect kt kepala, kemungkinan untuk berlaku changes behavior tinggi.. Masa mula2 datang ada jugak dia suruh semua hulur tangan pastu cantum tangan dua2.. Tak paham kitorang ..

Inilah antara mereka yang hadir.. walaupun xsemua, diharap dapat memberi semangat kepada Shuib...


Okla... Kita lupakan sekejap kisah sedih tadi.. Aku pun da tak tau nak type apa.. Banyak sangat nak diceritakan pasal Shuib ni..



Ni benda yang aku paling tak boleh lupa kat HKL.. Ada Level -1 & Level 0.. 
Tak pernah aku jumpa seumur hidup..
Selalunya Ground ataupun LG kn..huhu 


Lepas balik singgah makan & solat kat Tesco Ampang.. Kaki ku dah mula wat hal..
badan besar kaki kecik memangla tak tahan diri lama2 kan..


pasangan seterusnya yang bakal bersanding sikit hari lagi..hahaha
HALIM & MARCELLA 

menu petang tu.. Tauhu Bakar yang mahal dan tak power langsung!!


Lastly pic  wif my kembar... hehe..

SEMOGA SHUIB CEPAT SEMBUH & TENGOK KAMI SEMUA KAHWIN YE!!!


* gambar kebanyakan diambil secara kandid.. so harap maaf kepada sape2 yang ter'capture' ;-)

2 comments:

Ajie Mohd Tahir said...

hoho.smoge dia cpt smbuh.
btw,mmg tak ley bla. -1?apakah?hahaha..sengal abis

i.S.m.A~n.A.d.i.A said...

HAHAHA... da xleh nk post yng asing.. trpaksa cmpur antra post sedih n kelakar..huhu...