jOm kiTa tEngOk iKLan Ni!!

Tuesday, June 7, 2011

SeLaMat BerDiKaRi!!! ~pArT 1~

Haih.. lame dah aku x hupdate blog nih... asal taip je, mesti simpan kat draft.. lepas tu dah tak ada masa nak tengok balik... dah berlambak kat dalam draft tu... nanti akan di publish jugak walaupun dah basi..
*ada aku kisah korang nak baca ke TAK??hahaha*

alkisahnya..sabtu lepas cukuplah 2 minggu adik bujangku yang dipanggil UJANG pergi belajar... 2 minggu lepas ibu, ayah & aku hantar dia kat IKIP Intenational College dekat Kuantan Pahang... Rasenya last aku jejak kaki kat Pahang masa aku kena PLKN dulu la.. excited mintak tukar cuti dengan opismate semata2 nak pergi hantar mamat tu..haha..

IKIP International College
Nama nak gempak kan.. Mesti orang kata, "Wah, banyak duit hantar pergi kolej swasta ye!!!!"
Jangan harapla... bukannya mampu sangat pun... FYI Ujang ni dapat course DIPLOMA SENILUKIS & SENIREKA (GRAFIK & MEDIA DIGITAL) di bawah UiTM..Cuma bezanya dengan pelajar lain, dia ditempatkan dekat Kolej Bersekutu UiTM iaitu IKIP tula.. Mula2 dapat offer macam tak berapa nak percaya.. Yela,zaman sekarang ni, student lepasan SPM dapat berlambak2 surat tawaran dari kolej2 swasta... Bagitau yuran murahla,itula,inila.. Semua nak tarik minat budak2 ni.. Aku dah sound ujang awal2, kalau tak mampu,jangan mengada2 nak pergi yg swasta2 ni..hahaha.. Kakak yang  jahat kan..

So, bila check balik dengan Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM, ternyata memang panggilan tersebut datang dari UiTM... boleh tengok kat surat tawaran yang dia hantar tula sebab guna letterhead UiTM.. Yuran dia agak mahal sikit berbanding UiTM biasa... RM300 utk yuran UiTM setiap semester, RM500 untuk yuran IKIP & RM 650 untuk Hostel.. Mak aihh!! RM1450 tu!!! Nasib baiklah diorang ni ada buat rules, boleh bayar pendahuluan RM 150 utk Hostel & yuran  IKIP.. Bakinya bayar sebelum final...

PERSIAPAN
Macam biasa la.. orang lelaki ni bukannya serius sangat bila nak buat apa-apa... Nasib baiklah masa dia nak pergi interview UiTM bulan lepas dia dah mintak cop sekolah untuk sijil2 dia.. Jadi tinggal dokumen lain je nak siapkan.. Tapi baju ke barang2 kelengkapan yang lain jangan harap dia nak siapkan.. Aku & ibu la yang paling pening memikirkan apa yang nak kena bawak..

Kalau budak perempuan, dah pandai dah nak plan sendiri apa yang nak dibawak, apa yang nak letak dalam list... aku pun tak tau nak belikan apa.. Aku cuma sempat belikan baju kemeja 3 pasang & barang2 kelengkapan termasuk makanan (biskut kering)..haha.. tak taula berapa lama tahan stok tu..

PERJALANAN
Kitorang bertolak awal iaitu 22hb.. Tidur kat rumah mak usu kepada ibu aku,tapi diorang sebaya je..huhuh.. Rumah nenek saudara aku tu kat Felda Keratong, Rompin.. Kitorang gerak awal sebab nak elak jauh sangat.. Dari Keratong pergi Kuantan cuma 2 jam je.. Ayah ambik aku lepas balik kerja terus gerak ke sana.. excited jugak sebab dah lama tak berjalan jauh.. Dari Batu Pahat-Keratong ambik masa lebih kurang 2 jam lebih.. Sakit jugak ponggong duduk lama2 ni... Masa pergi kurangla rasa jauh,tapi masa balik direct 5 jam.. huishhh,bosan ya amat.. Yela, kiri kanan hutan woo...

To be continued.... hehehe

3 comments:

~aSFaLiZa~ said...

hapdate secepat mungkin ye. tak sabar nk baca lagi. huhuhu. dgn tajuk...kisah si ujang. hahahhaha

Ayis Azmi said...

1450 utk sebulan ke?

Anonymous said...

Ikip-utm

Yuran utm rm400
Yuran ikip rm210
Yuran pengajian rm4000
Yuran exam x ingat berapa ratus
Yuran hostel rm650
Total semua harga wajib bayar setiap sem.

Kalau extend sem setiap subjek dikira mengikut harga setiap credit rm249/credit. Kalau ulang gred atau repair gred, bayar rm249/credit tambah pulak bayaran ke utm rm30/credit.

Denda hostel kotor rm30 per student, satu bilik ada 6 orang. Even just setingkat yang kotor, satu bangunan hostel semua tingkat kena bayar denda. Daftar peralatan elektrik harga lain2. Water heater, iron, kipas semua kena datfar and bayar.

Banyak kos yang tersembunyi dan penerangan yang tak jelas di ikip. Banyak yang cuba diselindungi.