jOm kiTa tEngOk iKLan Ni!!

Tuesday, June 14, 2011

SeLaMat BerDiKaRi!!! ~pArT 2~






PENDAFTARAN
Berbekalkan map dari IKIP yang x ikut skala & GPS hp aku yg tenggelam timbul, kitorang sampai dekat tempat pendaftaran.. Sunyi je tempat tu, kat tepi laut.. Tak lah seramai bila pendaftaran pelajar UiTM.. Kena pergi banyak kaunter untuk pendaftaran.. Yang kelakarnya orang asyik keliru,aku ke adik aku yang nak register ni..haha.. Muka aku cam budak sangat ke???

Kaunter 1 : Daftar dekat pintu masuk 









Kaunter 2 : Daftar nama ikut course (School of Art & Design UiTM)
Bayar buku teks terus dekat sini.. Nasib baikla ada duit lebih kan..



Rajin pulak bapak aku ni temankan sampai kat kaunter.. Selalu kalau ada apa2 tengok & tunggu dari jauh je..
hahaha



Kaunter 3 : Daftar kolej kediaman
(Casa Mahkota-lelaki)(Casa Sonati-perempuan)
Diorang diberi kad untuk keluar masuk hostel.. dah ala2 macam asrama sekolahla pulak.. Takpelah.. janji Diorang terjaga..Tinggal perlu risau makan & minum je..

 


Ramai yang menunggu... dah xtau mana student mane family..lebih kurang je..huhuhu



Kaunter 4 : Bahagian kewangan, bayar yuran pengajian


Masa ambik giliran nak pergi bahagian kewangan dapat no 053... Time tu baru no 30 kalau xsilap... Hambik ko berapa lama nak kena tunggu.. Then kitorang skip je mana yang boleh, terus pergi kaunter lain2.. Dah habis tawaf, pergi balik kaunter kewangan tu pun masih belum sampai giliran lagi.. Turn aku pulak teman si ujang ni buat bayaran.. Ibu aku cakap biar aku yang pergi, kalau bagitau dia bukan paham pun.. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri nanti..Hahaha..
Tunggguuu....


Dan tunggu...

tunggu giliran....

Dekat dalam tu adela beberapa orang pegawai IKIP.. Diorang terangkan mengenai bayaran-bayaran yang perlu dijelaskan.. memang masa hantar surat tawaran dah ada tulis, tapi nak lebih paham, dengarla diorang terangkan.. Yang buat lega hati, boleh bayar ansuran.. Yela, kitorang ni bukan orang kaya pun nak bayar selepuk.. Dulu masa aku masuk UiTM pun pakai duit pendahuluan PTPTN..



Kaunter 5 : Bahagian Tajaan
Ambil form berkaitan untuk permohonan PTPTN/MARA dll
Kalau tak ada pinjaman ataupun tajaan manalah larat nak bayar woo.... Terima kasih kerajaan Malaysia... Dah tau pinjam jangan lupa bayar balik ye.. (peringatan kepada yang berkenaan)

Kaunter 6 : Semakan rekod pelajar
Dekat sini Pegawai IKIP tu mintak segala borang pengenalan diri, surat berhenti sekolah, IC ibu bapa, sijil SPM, & segala sijil2 berkaitan.. Paling tak boleh blah orang tu panggil akun 'puan'.. adeh, ade rupa org bwk anak g daftar ke.. Masa mula datang orang confuse aku ni student ke ape, sekarang dah macam parents pulak ke..Hamppeehh...

Kaunter 7 : Bahagian Hal ehwal Pelajar
Ambil kad pelajar sementara, brief mengenai perjalanan bas ke kolej




ni la borang yang dia kena simpan lepas buat pendaftaran.. sebab ada hutang lagi, kenalah simpan elok..
Kod AD111 tu sama dengan kod student UiTM (dulu ada levelmate amik cos ni)



BELUM HABIS LAGI>>>>>

Untuk student UiTM diorang kena ada 2 step lagi..

1.Interview untuk student Art & Design




gambar curik dari pintu luar tempat Ujang kena interview..
Dia dapat keluar awal sebab haritu dia dah pergi interview dekat UiTM kat Johor..
Ada budak perempuan tu kena tahan lama sebab dia baru nak interview, pastu kena lukis lagi.. Siapa yang tak prepare memang masakla kan.. Nasib baikla Ujang bawak hasil lukisan dia masa nak pergi interview, siap dah cop & sign guru besar sekolah.. Senangla dia xsampai 10 minit kat dalam tu..

2. Register Online
Ada pegawai IKIP tolong bantu buat pendaftaran.. Kena masuk dekat website UiTM.. Tersenyum lebar Ujang bila tengok kena register dekat UiTM.. Bangga la tu.. Kira dia tersenarai pelajar UiTM jugak..huhu.. Paling elik, nak online ni pun kena bayar RM10 masa kat bahagian khidmat semakan pelajar tadi.. Gila betul nak sapu duit..


website uitm.. Kena isi result SPM & butir2 pengenalan diri..






Lepas tu kena pergi taklimat yang tak berapa nak taklimat... Baru pergi Hostel diorang..





Sebelum pergi ke hostel dia,akibat panas terik,kitorang teringinla try abc jagung kat depan IKIP nih...
Masa beli dah perasan ais dia kisar sangat kasar..mesti sakit gigi nk kunyah..bila dah dalam kereta baru rasa, hamik ko.. sedap gila rupanya... macam rasa nak patah balik je time tu.. hahaha


mamat ni sedang menikmati abc jagung yang marbeles tu..hoho


TO BE CONTINUE again.....

Hahaha.. Ade lagi part last.. Tunggu eh... Aku bila dah ada peluang memang susah nak berhenti..hahaha












No comments: